Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

LAJIM DAN ISTERI LUANG MASA LAWAT MANGSA BANJIR DI MEMBAKUT


Oleh : Justin Wong & Monzane Hj Ramlee.
Gambar :Ihsan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Membakut,05 Januari : Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Datuk Seri Lajim Ukin pagi tadi meluangkan masa melawat mangsa banjir dibeberapa buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini disini hari ini.
  Lajim yang diiringi isteri, Datin Seri Normilah Siong dan beberapa kepimpinan Harapan Rakyat serta Gabungan Sabah (GS) turut beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kasih kepada mangsa banjir di pusat itu,
  Seramai lebih 600 mangsa banjir membabitkan 221 buah keluarga telah ditempatkan di tiga buah PPS selepas 26 buah kampung di daerah ini terjejas.
  Ketika ditemui, Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias merakamkan penghargaan terima kasih kepada anggota keselamatan terlibat bagi memastikan keselamatan penduduk berada dalam keadaan selamat.
  “Saya juga ingin mengingatkan kepada semua penduduk khususnya yang terlibat banjir agar berhati-hati dan jangan membiarkan anak-anak kecil bermain air banjir.
  “Selain itu, saya juga ingin berpesan kepada semua agar sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan dan patuhi arahan anggota keselamatan,”katanya.


KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "LAJIM DAN ISTERI LUANG MASA LAWAT MANGSA BANJIR DI MEMBAKUT"