Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

PERPADUAN & KEHARMONIAN KAUM PERLU DIPERTAHANKAN



Oleh : Justin Wong

Beaufort,6 November: Perpaduan dan keharmonian kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Sabah harus dipertahankan oleh semua rakyat tanpa mengira perbezaan fahaman politik semasa.
  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Seri Lajim Ukin berkata, faktor itu akan menjadi penyumbang utama kepada keamanan dan pembangunan negara sejak mencapai kemerdekaan hingga kini.
  “Perpaduan merupakan ramuan yang penting bagi mewujudkan keharmonian dalam kalangan rakyat di negara ini khususnya di Sabah yang mempunyai pelbagai kaum dan berbeza anutan agama.
  “Bagi diri saya sendiri, perjuangan dan kepimpinan saya kepada rakyat selama lebih 30 tahun ini tidak pernah memilih bangsa atau agama, saya dipilih oleh rakyat dan saya perlu bekerja untuk semua rakyat khususnya di Klias dan Beaufort,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan kerusi bagi persiapan menyambut Hari Krismas di Dewan Gereja St Valentine disini, kelmarin.
  Hadir sama, isterinya Datin Seri Normilah Siong.
  Lajim yang juga Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) berkata, pihaknya akan terus memberi khidmat terbaik termasuk ‘bersuara’ kepada kerajaan untuk rakyat di Parlimen Beaufort selagi diberi sokongan.
  “Selagi rakyat (di Beaufort) memberi sokongan kepada saya, sudah pasti saya akan terus memberi khidmat terbaik untuk rakyat di sini dan tidak akan mengecewakan harapan rakyat yang memilih wakil rakyat mereka.
  “Perjuangan saya dan anda semua khususnya dalam (parti) Harapan Rakyat bukan untuk kita sahaja, tapi perjuangan ini adalah untuk cucu cicit kita pada masa akan datang,”katanya.
  Terdahulu, pada majlis itu, Lajim turut menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada warga emas dan ibu tunggal yang hadir.
  Pada majlis itu juga, Lajim turut berjanji akan menyumbangkan dana bagi membiayai sambutan perayaan Hari Krismas bulan depan.
  "Setiap tahun menjelang Hari Krismas, saya akan menyumbang sedikit dana untuk sambutan Hari Krismas sama seperti yang saya berikan tahun-tahun sebelum ini,"katanya.

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "PERPADUAN & KEHARMONIAN KAUM PERLU DIPERTAHANKAN"