Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

HARAPAN RAKYAT AKAN PASTIKAN ROYALTI MINYAK DAN GAS DITAMBAH



Kuala Penyu,23 Julai : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan memastikan bayaran royalti minyak dan gas ditambah kepada 20 peratus bagi negeri ini berbanding lima peratus sekarang.
  Presidennya Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pihaknya bersama rakan Gabungan Sabah (GS) yakin perkara itu akan dapat diperjuangkan apabila berjaya menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
  “Ini adalah antara matlamat parti kita dan saya juga berkeyakinan perkara ini menjadi perkara penting dalam visi dan misi rakan gabungan yang lain.
  “Tuntutan untuk menambah kepada 20 peratus royalti minyak dan gas ini adalah sah mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selain kita juga akan menuntut beberapa perkara lain yang di ‘anaktiri’ oleh kerajaan pusat,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Harapan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu disini, kelmarin.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, tuntutan bayaram royalti itu dilihat penting dan perlu bagi memberi pembangunan berterusan kepada rakyat di negeri ini.
  “Rakyat khususnya di Sabah sedia maklum, hasil minyak dan gas datang dari negeri ini namun kita hanya   memperoleh royalti sebanyak lima peratus dan itu dilihat sebagai tidak adil.
  “Ini adalah suara rakyat, bayangkan jika royalti dapat 20 peratus, kita boleh menghasilkan bajet yang lebih besar untuk rakyat dari segi pembangunan, bantan dan sebagainya,”katanya.
  Tambahnya, hasil royalti yang ada kelak mampu menghapuskan dasar kemiskinan yang ada di Sabah.
  Dalam pada itu, Lajim berkata, penubuhan Harapan Rakyat adalah aspirasi kepada kehendak rakyat yang inginkan perubahan senario politik khususnya di Sabah.

  “Bagi Harapan Rakyat, kita ingin mengangkat martabat bangsa di negeri ini dan kita juga tidak mahu bergantung kepada ‘rumah’ orang lain untuk memimpin kerajaan Sabah,”katanya.

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "HARAPAN RAKYAT AKAN PASTIKAN ROYALTI MINYAK DAN GAS DITAMBAH"