Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

TIDAK TERTEKAN DENGAN PELBAGAI FITNAH - PRESIDEN HARAPAN RAKYAT

Beaufort : Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Datuk Seri Lajim Ukin mengakui tidak pernah rasa tertekan dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.
  Malahan katanya, beliau sentiasa bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran, tohmahan dan fitnah yang dibangkitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
  “Memang diakui, berkhidmat sebagai wakil rakyat akan sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk perkara yang tidak pernah dilakukan oleh saya selain menyebarkan fakta tidak sahih di laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp.
  “Namun bagi saya, semakin saya difitnah dan diserang, semakin kuat juga saya berjuang berkhidmat untuk rakyat pelbagai kaum khususnya di Sabah,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Simulasi Pilihan Raya di kediamannya disini, kelmarin.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, ahli parti juga perlu ada semangat juang untuk melawan pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada parti.
  “Ahli perlu ada daya kekuatan melawan serangan fitnah daripada pihak tidak bertanggungjawab, jangan gentar dan sentiasa kuat untuk berjuang.
  “Walaubagaimanapun, apa juga tohmahan yang dilemparkan pada saya, saya yakin bahawa tuhan sentiasa ada dan mengetahui apa yang saya lakukan,”katanya.
  Dalam perkembangan lain, Lajim berkata, pihaknya mahu semua ahli dan jentera parti bersiapsiaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan diadakan pada bila-bila masa.
  “Latihan dan kursus kepada ahli dan jentera parti akan terus dilaksanakan bagi memantapkan jentera untuk berdepan pelbagai ancaman daripada pihak lawan,"katanya.
  Terdahulu, lebih 750 orang ahli hadir menyertai program simulasi pilihanraya selain turut menghadiri ceramah isu semasa.






KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "TIDAK TERTEKAN DENGAN PELBAGAI FITNAH - PRESIDEN HARAPAN RAKYAT"