Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

TUDUHAN PINDAH 101,171 HEKTAR HUTAN SIMPAN KEPADA TANAMAN SAWIT TIDAK BERASAS

KOTA KINABALU, 10 April (Bernama) -- Tuduhan pembangkang bahawa kerajaan negeri memindahkan 101,171 hektar hutan simpan kepada penanaman kelapa sawit baru-baru ini adalah tidak berasas, kata Ketua Menteri Sabah Datuk seri Musa Aman.
  Beliau berkata tuduhan yang dilemparkan oleh Junz Wong (Warisan-Likas) itu hanya mahu mencemarkan nama baik dan memburukkan imej kerajaan serta mengelirukan rakyat. 
  "Tanpa memeriksa fakta, beliau (Wong) telah melemparkan tuduhan itu yang berniat jahat hanya semata-mata untuk memburukkan kerajaan melalui pembohongan yang mengelirukan rakyat. 
  "Saya ingin mengingatkan agar beliau (Wong) perlu melakukan tugas sebagai wakil rakyat berlandasakan kebenaran dan bukan berpaksikan maklumat salah dan palsu," katanya. 
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Lajim Ukin (Harapan Rakyat-Klias) yang ingin tahu mengenai dakwaan pihak tertentu bahawa 250,000 ekar (101,171 hektar) hutan rizab dipindahkan dengan penanaman kelapa sawit pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. 
Musa juga berkata beliau bersedia menerima kunjungan Wong atau mana-mana pemimpin yang ingin mengetahui secara jelas mengenai tadbir urus perhutanan serta pengurusan Yayasan Sabah. 
Pada masa sama, Musa yang juga Menteri Kewangan berkata Sabah mencatat pencapaian membanggakan apabila memiliki Kawasan Perlindungan Penuh (TPA) hutan yang terbesar di Malaysia iaitu 1.9 juta hektar sekali gus mendapat pengiktirafan dunia. 
"TPA juga menghampiri sasaran kerajaan negeri apabila telah mencatatkan 26 peratus TPA berbanding 30 peratus yang disasarkan menjelang tahun 2025.
"Untuk memastikan usaha menjaga hutan simpan ini konsisten, kita akan menjalinkan hubungan dengan pelbagai pihak persendirian dan persatuan. Sebagai contoh, kerjasama erat dengan WWF Pemuliharaan Alam Semula jadi Amerika Syarikat; Yayasan Abraham New York; Universiti Kyoto; Cambridge; Oxford serta Kolej Imperial London," katanya.

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "TUDUHAN PINDAH 101,171 HEKTAR HUTAN SIMPAN KEPADA TANAMAN SAWIT TIDAK BERASAS"