Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

HARAPAN RAKYAT MINTA PAKATAN HARAPAN 'BERJIWA BESAR'

Kuala Penyu : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) mahu Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada beberapa buah parti politik di Semenanjung untuk tidak bertanding di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.
   Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin berkata, ia adalah kemahuan rakyat Sabah yang ingin melihat parti politik tempatan negeri ini mentadbir kerajaan selepas PRU14.
   “Ada pihak bertanya, adakah Harapan Rakyat atau Gabungan Sabah (USA) akan bekerjasama dengan PH, namun kami hanya menyatakan kerjasama akan dilaksanakan selepas pilihan raya.
   “Ini kerana, kami (parti tempatan) tidak mahu di ‘kawal’ oleh parti Semenanjung, kami lebih pentingkan masa depan rakyat tempatan Sabah,” katanya.
   Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ketua Pusat Operasi (KPO) Menunggang dan KPO Bundu bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu disini, kelmarin.
   Hadir sama, Timbalan Presiden 1 Datuk Maijol Mahap.
   Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias turut meminta pemimpin politik di Semenanjung untuk berjiwa besar kepada pemimpin politik di Sabah.
   “Oleh itu, kami minta pemimpin disana (Semenanjung) untuk berjiwa besar bagi memberi peluang sebesar-besarnya kepada rakyat Sabah untuk menentukan kepimpinan di Sabah.
  “Jika dilihat, di Semenanjung sudah hampir lebih 100 kerusi Parlimen, Sabah hanya 25 kerusi sahaja, berilah peluang kepada anak dan parti tempatan memimpin negeri ini,”katanya.
   Dalam perkembangan lain, Lajim berkata, beberapa pembangunan akan terus dibangunkan di kawasan DUN Kuala Penyu apabila Harapan Rakyat dan USA berjaya mentadbir kerajaan selepas PRU14 akan datang.
   Katanya, ini termasuklah membina pelabuhan kapal yang akan menjadi kawasan persinggahan kapal selain mampu memberi peluang pendapatan kepada penduduk tempatan.
   “Pada masa ini, kita dapat lihat Kuala Penyu akan ‘sunyi’ menjelang petang, kerana kurangnya sumber pendapatan penduduk.
  “Justeru apabila pelabuhan ini dibina, sudah pasti, ekonomi penduduk akan terus tercapai dan kawasan ini juga akan menjadi tumpuan ramai sehingga waktu malam,”katanya.
   Terdahulu, pada majlis itu, Lajim turut menerima borang keahlian daripada beberapa buah cawangan Harapan Rakyat bagi DUN Kuala Penyu.



LAJIM ketika menerima borang keahlian daripada wakil cawangan di DUN Kuala Penyu

LAJIM bersalaman dengan tetamu yang hadir pada majlis itu

LAJIM ketika berucap pada majlis itu




KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "HARAPAN RAKYAT MINTA PAKATAN HARAPAN 'BERJIWA BESAR'"