Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

LAJIM KEKAL KETUA PEMBANGKANG DUN SABAH




KOTA KINABALU, 10 April (Bernama) -- Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Klias, Datuk Seri Lajim Ukin, kekal sebagai Ketua Pembangkang sehingga hujung penggal Dewan Undangan Negeri Sabah. 
Ketika mengumumkan demikian, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali berkata keputusan muktamad itu dibuat selepas beliau meneliti bantahan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pembangkang mengenai jawatan tersebut.
"Selepas menerima pelbagai bantahan mengenai jawatan ketua pembangkang, saya telah meneliti dan memutuskan jawatan itu kekal disandang ketua pembangkang sedia ada (Lajim) sehingga hujung penggal DUN," katanya sebelum memulakan persidangan DUN Sabah di sini hari ini.
Sebelum memulakan persidangan, Syed Abas meminta semua ADUN bertafakur seminit bagi memperingati ADUN Tungku Datuk Mohd Suhaili Said yang meninggal dunia pada 24 Mac lepas. 
"Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan buat negeri ini kerana beliau terkenal sebagai tokoh agama," katanya.
Allahyarham Mohd Suhaili, 56, meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur akibat kanser hati.


KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "LAJIM KEKAL KETUA PEMBANGKANG DUN SABAH"