Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

KECEWA DENGAN KEPIMPINAN AHLI PARLIMEN KOTA MARUDU



Kota Marudu,26 Jun: Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) melahirkan rasa kecewa dengan kepimpinan Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili yang masih gagal membela rakyat di kawasan itu sejak beberapa penggal yang lalu.
  Ketua Pemuda Harapan Rakyat Sabah Ir Jovilis Majami berkata, ia terbukti apabila daerah ini masih tergolong sebagai antara kawasan ‘termiskin’ di negara ini dan terus gagal dibangunkan.
  “Kita dapat lihat, Dr Maximus masih gagal untuk membela rakyat dan membawa pembangunan disini selepas diberi peluang yang agak lama untuk menjadi wakil rakyat meskipun memegang jawatan Menteri penuh di peringkat persekutuan.
  “Selain gagal membawa pembangunan, beliau juga dilihat tidak mampu untuk menyelesaikan masalah tanah NCR yang menjadi keluhan rakyat sekian lama,”katanya dalam satu kenyataan disini, kelmarin.
  Jovilis yang juga Ketua Pemuda Harapan Rakyat Kota Marudu berkata, tindakan wakil rakyat (Dr Maximus) yang menemui rakyat secara bermusim juga diibaratkan sebagai ‘cacing kepanasan’ bagi meraih sokongan rakyat.
  “Kita dapat lihat apabila beliau meminta rakyat supaya tidak mempercayai tindakan pihak pembangkang yang sering menabur ‘ubat’ kepada rakyat apabila menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
  “Pemimpin parti pembangkang bukanlah pemimpin bermusim namun kami sentiasa masuk kampung untuk mendekati dan mendengar keluhan rakyat di semua peringkat,”katanya.
  Menurutnya, ini terbukti apabila Timbalan Presiden 1 Harapan Rakyat Dtauk Maijol Mahap terus mendekati rakyat selepas tewas pada PRU 13 yang lalu.



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "KECEWA DENGAN KEPIMPINAN AHLI PARLIMEN KOTA MARUDU"