Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

HARAPAN RAKYAT KENALPASTI KAWASAN BERPOTENSI BERTANDING PRU14, MASIH ADAKAN RUNDINGAN BERSAMA GABUNGAN SABAH


Beaufort,3 Julai : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) sudah mengenalpasti sebanyak 26 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 11 kawasan Parlimen di seluruh Sabah untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
  Presidennya, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pihaknya juga kini masih mengadakan rundingan bersama rakan komponen dalam Gabungan Sabah (GS) sebelum dimuktamadkan menjelang PRU14.
  “Di pihak Harapan Rakyat, kita sudah mengenalpasti 26 atau 28 kerusi DUN dan mungkin 11 atau 12 kerusi pada kerusi Parlimen di Sabah namun ini semua adalah tertakluk kepada perundingan bersama rakan dalam GS.
  “Sudah pasti, rakan dalam GS juga sedang mengenalpasti kawasan berpotensi untuk bertanding dan rundingan masih dijalankan sebelum dimuktamadkan,” katanya.
  Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 di kediamannya di Kampung Kaundo disini, kelmarin.
  Hadir sama, Pengerusi GS Datuk Mohd Noor Mansor; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Datu Mohd Arshad Mualaf.
  Dalam pada itu, Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, GS juga sentiasa terbuka untuk mengadakan rundingan atau perbincangan bersama parti politik tempatan yang lain bagi menjalin kerjasama bagi menghadapi PRU14.
  “Buat masa ini, kita di GS belum ada mempunyai hubungan yang rasmi dengan beberapa parti politik tempatan yang lain khususnya pembangkang di Sabah bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada PRU nanti.
  “Seperti mana yang pernah dikatakan oleh pengerusi GS sebelum ini, gabungan kita masih terbuka untuk mana-mana parti tempatan mengadakan perbincangan dan menjalin kerjasama,”katanya.
  Menurutnya, kerjasama yang diadakan adalah bagi memastikan perpaduan dikalangan rakyat pelbagai kaum dan agama dapat dibela dengan sebaiknya.
  Terdahulu, Lajim berkata, majlis rumah terbuka yang diadakan setiap tahun itu mampu mengeratkan silaturahim antara kaum pelbagai agama di Sabah.
  “Saya merakamkan penghargaan buat semua rakyat khususnya di kawasan DUN Klias, Kuala Penyu, Lumadan dan mereka yang datang dari jauh bersama kami untuk memeriahkan majlis rumah terbuka ini.
  “Sambutan pada tahun ini dilihat lebih meriah berbanding tahun sebelumnya dan ini menunjukkan rakyat sudah matang dalam menentukan kerajaan pada PRU akan datang,”katanya.
  Pada majlis itu, seramai lebih 5,000 orang hadir membanjiri majlis rumah terbuka yang turut diserikan dengan pelbagai aktiviti hiburan dan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.





KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "HARAPAN RAKYAT KENALPASTI KAWASAN BERPOTENSI BERTANDING PRU14, MASIH ADAKAN RUNDINGAN BERSAMA GABUNGAN SABAH"