Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

PEMUDA HARAPAN RAKYAT PERSOAL TINDAKAN KPM TAMATKAN KHIDMAT PEMBANTU TADBIR SAMBILAN


Kota Kinabalu : Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) mempersoal tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menamatkan khidmat lebih 800 Pembantu Tadbir Sambilan di negeri ini pada 2013.
  Ketua Pergerakan Pemuda Harapan Rakyat Ir Jovilis Majami berkata, pihaknya turut mempersoal tindakan KPM yang meneruskan khidmat perjawatan sama di Melaka dan Kedah dibawah Program Rintis Pemantapan Profesion Guru (PPG).
  “Pihak kami ingin tahu, kenapa perjawatan yang rata-rata diisi oleh anak jati Sabah ini ditamatkan pada tahun yang sama namun diteruskan di dua negeri di Semenanjung.
  “Pada tahun berkenaan juga adalah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan ia dilihat sebagai usaha kerajaan memancing undi khususnya dari Sabah,”katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.
  Jovilis berkata, alasan kekurangan dana dilihat sebagai tidak munasabah berikutan prestasi kewangan negara yang terus meningkat hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak 2015.
  “Berdasarkan anggaran kasar yang dikeluarkan oleh kerajaan Sabah, sumbangan Sabah ke atas kerajaan persekutuan adalah lebih kurang 42 bilion dan ini adalah sumbangan terbesar di kalangan negeri di Malaysia.
  “Kami difahamkan, kumpulan lebih 800 individu yang ditamatkan perkhidmatan ini sudah membuat rayuan sebanyak dua kali di Putrajaya selain bertemu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi namun belum menerima jawapan mengembirakan,”katanya.
   Dalam pada itu, Jovilis berkata, kumpulan itu juga turut membuat pinjaman kewangan ketika berkhidmat.
  “Walaubagaimanapun, mereka tidak dapat untuk membayar pinjaman terbabit selepas diberhentikan sehingga kini dan ia menyukarkan untuk meneruskan kehidupan harian.
   “Justeru itu, sudah tiba masanya seluruh rakyat Sabah menilai kerajaan yang ada sekarang untuk memperjuangkan nasib rakyat,”katanya.
  Jovilis turut berharap agar rakyat Sabah akan memberi sokongan penuh kepada Harapan Rakyat dan rakan Gabungan Sabah (GS) pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
  “Sudah pasti matlamat GS ini adalah untuk mendapatkan autonomi Sabah bagi  memastikan seluruh rakyat Sabah akan terbela,”katanya.


tamat

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "PEMUDA HARAPAN RAKYAT PERSOAL TINDAKAN KPM TAMATKAN KHIDMAT PEMBANTU TADBIR SAMBILAN"