Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

RAKYAT PERLU TOLAK PARTI 'LUAR'




Kota Kinabalu,13 Ogos: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bersama Gabungan Sabah (GS) masih terbuka untuk bekerjasama dengan parti politik tempatan di negeri ini untuk menentukan halatuju politik di Sabah.
  Presidennya, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, kerjasama itu perlulah mempunyai matlamat, visi dan misi yang sama dalam memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah selain tidak bergantung kepada parti ‘luar’.
  “Ada kalangan pihak tertentu masih mempertikaikan kenapa kita (Harapan Rakyat) tidak mahu bekerjasama dengan parti yang lain selain parti komponen GS.
  “Ingin saya maklumkan bahawa, kita di GS sentiasa terbuka untuk bekerjasama namun perlu mempunyai misi yang sama dan sudah pasti kita tidak mahu bergantung kepada pimpinan parti yang datang dari Semenanjung,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikian Kursus Asas Penulisan dan Fotografi di Ibu Pejabat Harapan Rakyat disini, kelmarin.
  Hadir sama Ketua Penerangan negeri Karim Adam; Ketua Pemuda negeri Jovilis Majami dan Ketua Wanita Muda Dayang Aezzy Liman.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, pihaknya tidak mahu ‘bergerak sendiri’ dalam memperjuangkan hak rakyat negeri ini malah ingin bersatu dalam mengubah senario politik di Sabah.
  “Jika dilihat, dalam apa juga program perjumpaan bersama rakyat, mereka mahu perjuangan parti politik tempatan di Sabah dilipatgandakan agar kerajaan sedia ada ditukar dengan pimpinan baru,”katanya.
  Sementara itu, Lajim berkata, penulis yang terdiri dari ahli parti mempunyai peranan penting dalam menyebarluas dasar hala tuju kepimpinan parti.
  “Kita adalah sebuah parti baru dan sudah pasti belum semua mengenali parti kita, justeru anda sebagai ahli dan juga penulis kepada parti mempunyai tanggungjawab untuk membantu menyebarkan maklumat penting kepada rakyat.
  “Walaubagaimanapun, dalam sebuah penulisan, kita perlu ada fakta yang kukuh agar penulisan itu diyakini oleh rakyat,”katanya.
  Terdahulu,  Lajim berkata, kursus yang diadakan mampu memberi sumber aspirasi kepada peserta terlibat bagi menambah ilmu dalam bidang penulisan.



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "RAKYAT PERLU TOLAK PARTI 'LUAR'"