Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

KETUA PEMUDA BAHAGIAN PERLU PROAKTIF DEKATI GOLONGAN MUDA

IR JOVILIS MAJAMI

Oleh : Justin Wong

Kota Kinabalu,14 Ogos: Semua ketua Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) peringkat bahagian diminta untuk lebih proaktif dalam melaksanakan aktiviti mendekati golongan muda.
  Ketua Pemuda Harapan Rakyat negeri Ir Jovilis Majami berkata, mereka juga perlu sentiasa menjalin kerjasama erat dengan Ketua Bahagian bagi memastikan visi dan misi mendekati rakyat dapat dicapai sepenuhnya.
  “Ketua Bahagian perlu memberi ruang dan peluang kepada ketua pemuda mereka untuk melaksanakan aktiviti mendekati rakyat kerana mereka ini adalah sebahagian dari jentera bahagian khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
  “Justeru, saya berharap ketua bahagian dapat terus memantau dan mendapatkan laporan aktiviti dari ketua pemuda pada setiap masa,” katanya,
  Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Kursus Penulisan dan Fotografi Harapan Rakyat disini baru-baru ini.
  Jovilis berkata, ketua pemuda bahagian juga perlu menjalin kerjasama dengan pergerakan sayap parti lain khususnya Pergerakan Wanita Muda dan Pergerakan Wanita Harapan Rakyat.
  “Ini perlu agar misi dan visi bagi mendekati rakyat diperingkat akar umbi dapat tercapai seterusnya menguatkan lagi sokongan rakyat terhadap parti.
  “Kita semua memainkan peranan dan ada tanggungjawab untuk meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap parti,”katanya.
  Terdahulu, kursus yang disertai lebih 20 ahli itu disempurnakan Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin dan turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Karim Adam.


 



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "KETUA PEMUDA BAHAGIAN PERLU PROAKTIF DEKATI GOLONGAN MUDA"