Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

GOLONGAN MUDA DISARAN DAFTAR DIRI SEBAGAI PEMILIH


MOHD Khairul (kiri) bersama Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin dalam satu majlis mini konvensyen baru-baru ini.

Kinabatangan,14 Ogos: Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Bahagian Kinabatangan menyeru rakyat khususnya golongan muda untuk mendaftar diri sebagai pemilih melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
  Setiausaha Pemuda Harapan Rakyat Kinabatangan Mohd Khairol Haswan berkata, golongan muda di negeri ini adalah antara penyumbang kepada pembangunan Sabah seterusnya menjadi pelapis kepada kepimpinan negara pada masa akan datang.
  “Seperti yang kita sedia maklum, Harapan Rakyat bersama rakan komponen dalam Gabungan Sabah (GS) kini terus berjuang untuk mendapatkan semula hak-hak rakyat Sabah yang dilupakan oleh kerajaan pusat melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  “Namun bagi memastikan hak rakyat terus diperjuangkan, kita perlu mengambil alih kerajaan sedia ada dan sudah pasti menyokong penuh kepimpinan parti tempatan melalui GS,”katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.
  Mohd Khairol berkata, pergerakan sayap parti khususnya pemuda perlu terus melipatgandakan aktiviti mendekati golongan muda disemua peringkat.
  “Ini perlu bagi memastikan sokongan golongan muda terhadap parti tempatan terus mendapat tempat dihati rakyat dinegeri ini.
  “Selain itu, pergerakan sayap parti juga perlu menjalin kerjasama erat dengan pergerakan sayap parti lain dalam GS agar visi dan misi yang sama dapat dicapai,”katanya.
  Terdahulu, Mohd Khairol berkata, Harapan Rakyat khususnya di bahagian ini terus mendapat sokongan golongan muda dan akan terus melipatgandakan aktiviti kepada rakyat.




KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "GOLONGAN MUDA DISARAN DAFTAR DIRI SEBAGAI PEMILIH"