Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

RAKYAT PERLU NILAI SEMULA PENTADBIRAN KERAJAAN SEDIA ADA

LAJIM berbual santai bersama penduduk yang hadir sebelum program diadakan. FOTO Md Faizizi Mohamad Maidin

Oleh : Norjanah Maidin


Kudat,14 Ogos : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) mahu rakyat di daerah ini menilai semula pembangunan yang ada selain dilihat masih kurang membangun dan ‘mundur’ dibawah pemerintahan kerajaan sedia ada.
  Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin berkata, daerah itu dilihat berpotensi untuk dibangunkan khususnya melalui aspek pertanian dan perikanan yang mampu memberi pulangan hasil kepada penduduk setempat.
  “Daerah ini tidak seharusnya menerima nasib buruk dari kerajaan sedia ada khususnya dalam aspek pembangunan kerana bukan sahaja digelar kubu kuat Barisan Nasional (BN) malah menjadi lokasi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri.
  “Sudah pasti, sebagai seorang yang pernah menjawat jawatan penting dalam kabinet suatu ketika dahulu, daerah ini berpotensi dibangunkan terutama dalam aspek pertanian dan perikanan,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mini Konvensyen Hak-Hak Sabah Zon Utara bertempat di KM5 SESB Jalan Sikuati disini, kelmarin.
  Majlis turut dihadiri Pengerusi Gabungan Sabah (GS) Datuk Mohd Noor Mansur; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Datuk Mohd Arshad Abdul Mualap.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, sektor pertanian dan perikanan mampu memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat tanpa perlu keluar ke bandar untuk mencari pekerjaan.
  “Jika dilihat beberapa pembangunan di daerah ini banyak yang gagal, sebagai contoh ialah projek penanaman getah di Pulau Banggi melalui FELCRA Berhad.
  “Selain itu, kerajaan sedia ada juga gagal untuk melaksanakan pembahagian tanah untuk penduduk sekitar khususnya di Kudat,”katanya.
  Sementara itu, Lajim turut menyeru rakyat di negeri ini untuk menolak sepenuhnya parti politik ‘luar’ dan memberi sokongan kepada parti tempatan khususnya yang berada dalam GS.
  “Jika di Semenanjung, rakyat sudah bijak untuk menolak kerajaan sedia ada khususnya BN dan tidak mustahil jika rakyat di Sabah juga menolak parti yang bukan ‘lahir’ dinegeri ini,”katanya.
  Dalam perkembangan sama, Lajim turut menyeru golongan muda untuk menyampaikan maklumat perjuangan parti kepada seluruh rakyat disemua peringkat menerusi kaedah ‘bisik-bisik’.
  “Saya yakin, melalui kaedah ini, pemahaman rakyat dan penduduk setempat terhadap perjuangan parti tempatan akan lebih jelas,”katanya.





KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "RAKYAT PERLU NILAI SEMULA PENTADBIRAN KERAJAAN SEDIA ADA"