Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

WADA AKAN TERUS DEKATI GOLONGAN WANITA MUDA

DAYANG Aezzy (tengah) ketika ditemui pada program itu

Oleh : Haslizah Nasrah

Kota Kinabalu, 15 Ogos : Pergerakan Wanita Muda (WADA) Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan terus ‘turun padang’ mendekati golongan muda bagi menerangkan visi dan misi pergerakan sayap parti itu.
  Ketua Pergerakan WADA, Dayang Aezzy Liman berkata, golongan muda perlu didedahkan dengan dasar perjuangan parti yang mempunyai misi memperjuangkan hak rakyat Sabah selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  “Sudah tentu pergerakan ini diwujudkan bagi mengimbangi perjuangan golongan veteran dan muda khususnya wanita muda.
  “WADA perlu diangkat sebagai salah satu komponen terbaik diantara ketiga-tiga pergerakan sayap dalam parti,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Kursus Penulisan Asas dan Fotografi di Ibu Pejabat Harapan Rakyat disini baru-baru ini.
  Kursus itu disempurnakan Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin dan turut dihadiri Ketua Penerangan Karim Adam dan Ketua Pemuda Harapan Rakyat Jovilis Majami.
  Dayang Aezzy berkata, WADA diwujudkan bagi memberi ruang dan peluang kepada golongan wanita muda untuk menyuarakan hak, keperluan dan kemahuan mereka melalui pembabitan bidang politik.
  “Bagi pihak WADA, kita sudah meletakkan penanda aras bagi menentukan tahap pencapaian dalam setiap program yang bakal dilaksanakan.
  “Sudah tentu bagi saya sendiri, saya menjadikan Hillary Clinton sebagai ‘role model’ kerana sikap keterbukaannya dalam menyuarakan pandangan,”katanya.
  Terdahulu, seramai lebih 20 orang peserta terdiri dari ahli parti menyertai kursus bagi siri pertama.



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "WADA AKAN TERUS DEKATI GOLONGAN WANITA MUDA"