Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

HARAPAN RAKYAT BUKAN EJEN BN

LAJIM bergambar kenangan bersama kepimpinan Wanita Muda Harapan Rakyat pada majlis itu - FOTO : WADA Sabah

Oleh : Norjanah Maidin

Kudat,16 Ogos : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) mengulangi pendirian bahawa parti tempatan itu bukanlah ejen kepada Barisan Nasional (BN) seperti yang disuarakan pihak tidak bertanggungjawab.
  Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pelbagai tohmahan yang negatif sering diterima pihaknya bagi tujuan melemahkan perjuangan ahli parti.
  “Ingin saya tegaskan disini bahawa, Harapan Rakyat bukanlah parti ejen atau rakan kepada Barisan Nasional (BN), kami tidak pernah menjalin kerjasama dengan parti kerajaan ini.
  “Kami hanya berjuang untuk rakyat Sabah bersama rakan komponen dalam Gabungan Sabah (GS) selain mempertahankan hak-hak negeri seperti yang ada dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Santai Ahli Jawatankuasa Harapan Rakyat Parlimen Kudat disini, baru-baru ini.
  Hadir sama Pengerusi Gabungan Wanita Sabah Datin Seri Normilah Siong.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, selain memperjuangkan hak rakyat, pihaknya bersama GS juga mahu mengubah senario politik Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke14 akan datang.
  “Rakyat di Sabah mahukan perubahan, mereka inginkan senario politik di negeri ini diubah kepada sebuah kerajaan baru yang lebih adil kepada rakyat.
  “Kita juga sedia maklum, kerajaan kini gagal untuk memperjuangkan hak rakyat dan turut melupakan perkara yang terkandung dalam MA63,”katanya.
  Dalam pada itu, Lajim berkata, pihaknya mahu semua jentera parti khususnya di bahagian ini untuk terus mengatur strategi secara bijak dan menyelami masalah rakyat disemua peringkat akar umbi.
  “Kita akan terus dekati rakyat dan selami permasalahan rakyat disemua peringkat dan jika diberi kuasa memerintah kelak, kita akan terus bantu mereka.
  “Dalam perkara lain, kita juga alu-alukan parti tempatan lain untuk menyertai dan bekerjasama dengan GS untuk melaksanakan visi, misi dan dasar perjuangan sama untuk rakyat,”katanya.



* Mohon letak kredit atau sumber jika ingin menggunakan bahan berita ini untuk ruangan blog anda. Terima Kasih


KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "HARAPAN RAKYAT BUKAN EJEN BN"