Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

BICARA SABAHAN BERI KEFAHAMAN KEPADA RAKYAT


Oleh :  Justin David

Kota Marudu,16 Ogos : Orang ramai khususnya golongan muda sekitar daerah ini dipelawa untuk menghadiri Program Bicara Sabahan Edisi Kedua yang bakal diadakan pada 20 Ogos depan.
  Program anjuran bersama Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) dengan Gabungan Muda Sabah (GEMA) itu akan diadakan di Pejabat Gerakan Harapan Rakyat Bahagian Kota Marudu bermula jam 10 pagi.
  Pengerusi Penyelaras Program Ir Jovilis Majami berkata, program yang diadakan itu adalah bagi memberi kefahaman kepada masyarakat berhubung aspirasi parti komponen Gabungan Sabah (GS) kepada golongan muda.
  “Golongan muda bakal mewarisi kepimpinan Sabah pada masa akan datang, mereka ini perlu memahami perjuangan sebenar Harapan Rakyat bersama GS selain mereka ini juga akan bersama kita pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke14 akan datang.
  “Pada program ini, sebanyak dua sesi akan diadakan selain bakal dibarisi ahli-ahli panel dikalangan anak-anak muda dalam GEMA,”katanya ketika ditemui disini, hari ini.
  Jovilis yang juga Ketua Pemuda Harapan Rakyat negeri berkata, program itu akan menerangkan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perkara 20 selain hak-hak rakyat didalam persekutuan.
  “Selain itu, kita juga akan mengadakan forum bagi membincangkan isu-isu semasa terutamanya yang membabitkan kepentingan belia,”katanya.
  Dalam pada itu, Jovilis turut mengalu-alukan mana-mana pihak untuk bekerjasama dengan pihaknya bersama GEMA bagi menganjurkan program sama dilokasi pilihan.
  “Kita sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak untuk bekerjasama menganjurkan program seumpama ini.
  “Program ini dijangka akan dirasmikan Timbalan Presiden Harapan Rakyat Datuk Maijol Mahap,”katanya

* Mohon letak kredit atau sumber jika ingin menggunakan bahan berita ini untuk ruangan blog anda. Terima Kasih

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "BICARA SABAHAN BERI KEFAHAMAN KEPADA RAKYAT"