Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

BELIA PERLU DIBERI PELUANG CEBURI BIDANG PELANCONGAN


Oleh : Mohd Faizizi Maidin

Beaufort,18 Ogos: Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Bahagian Beaufort mahu golongan belia diberi peluang menceburi perniagaan dalam bidang pelancongan.
  Naib Ketua Pemuda Harapan Rakyat Beaufort Mohd Hadyansyah Bumpin berkata, bidang itu mempunyai peluang dan ruang yang luas selain mampu memberi sumber pendapatan kepada penduduk setempat.
  “Jika dilihat daerah ini mempunyai banyak lokasi menarik yang berupaya menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negeri.
  “Oleh itu, golongan muda harus diberi peluang untuk menceburi bidang pelancongan yang mampu memberi sumber pendapatan kepada masyarakat tempat,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus selepas menghadiri Sesi Perjumpaan dengan Ketua Penerangan Pemuda Parlimen Beaufort, Juma'at Abd Rahim disini, kelmarin.
  Mohd Hadyansyah berkata, daerah ini juga berpotensi menjadi sebuah hub pelancongan terkemuka di Sabah apabila turut menjadi tumpuan pelancong bagi melihat keunikan budaya tempatan.
  “Bagi pihak Pemuda Harapan Rakyat, kami akan terus bersuara bagi memastikan golongan belia di daerah ini mendapat peluang dan ruang untuk menceburi dalam bidang pelancongan,”katanya.
  Terdahulu, Mohd Hadyansyah dan Juma’at turut meninjau beberapa lokasi yang terjejas banjir selain turut mendengar keluhan penduduk.
  Antara lokasi yang dilawati adalah Kampung Bakalau yang sering dinaiki air apabila hujan berterusan berikutan lokasi terbabit berhampiran dengan Sungai Padas.



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "BELIA PERLU DIBERI PELUANG CEBURI BIDANG PELANCONGAN"