Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

WADA SELAMI HATI RAKYAT MELALUI SIRI JELAJAH



Oleh : Norjanah Maidin

Kudat,20 Ogos : Pergerakan Wanita Muda (WADA) Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan terus komited untuk mendekati golongan muda disemua peringkat khususnya mereka yang berada di luar bandar.
  Ketua WADA Dayang Aezzy Liman berkata, golongan muda khususnya wanita di luar bandar perlu diberi pendedahan mengenai visi dan misi perjuangan sebuah parti politik tempatan khususnya Harapan Rakyat yang memperjuangkan hak-hak Sabah.
  “Kita sedia maklum, ada golongan muda diluar bandar kurang terdedah dengan teknologi terkini seperti internet mahupun laman sosial, justeru dipihak WADA kita akan terus mendekati mereka ini.
  “Mereka ini juga perlu digalakkan untuk menyertai bidang politik sebagai wadah perjuangan bagi menyuarakan permasalahan rakyat setempat,”katanya.
  Beliau berkata demikian pada Ceramah Berkelompok di Kampung Dumpiring sempena Siri Jelajah WADA disini, kelmarin.
  Hadir sama, Penyelaras Harapan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Kapur Aini Abd Salam; Timbalan Ketua WADA negeri merangkap Ketua Penyelaras Parlimen Kudat Ramlah Nasir dan Setiausaha WADA Zuridah Asat.
  Dayang Aezzy berkata, pihaknya juga akan memberi perhatian kepada keperluan golongan muda di kawasan bandar.
  “Mereka ini juga adalah golongan terpenting dalam pembentukan sebuah kerajaan, mereka ini perlu diambil perhatian kerana mereka adalah pelapis pemimpin akan datang.
  “Selain itu, kami turut menyeru golongan muda yang masih belum mendaftar diri sebagai pemilih agar mendaftar segera di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),”katanya.
  Dalam pada itu, Dayang Aezzy berkata, menerusi siri jelajah yang diadakan buat julung kalinya, pihaknya mampu mendengar luahan hati permasalahan rakyat disemua peringkat.
  “Dalam siri jelajah kali pertama ini, masyarakat setempat yang ditemui rata-rata meluahkan kekecewaan mereka terhadap kerajaan sedia ada.
  “Mereka juga turut meluahkan beberapa pembangunan kurang dibangunkan khususnya di luar bandar selain mereka menolak sepenuhnya parti pimpinan yang ‘lahir’ dari Semenanjung untuk bertapak di Kudat seterusnya di Sabah,”katanya.

* Mohon letak kredit atau sumber jika ingin menggunakan bahan berita ini untuk ruangan blog anda. Terima Kasih

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "WADA SELAMI HATI RAKYAT MELALUI SIRI JELAJAH"