Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

MEREKA EJEN MALAYA?






Beaufort,20 Ogos: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) menganggap parti politik tempatan yang ‘enggan’ bekerjasama bersama Gabungan Sabah (GS) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke14 akan datang adalah sebagai ‘Ejen Malaya’.
  Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pihaknya bersama GS sentiasa ‘membuka pintu’ dan peluang kepada parti tempatan untuk menjalin kerjasama sejak beberapa bulan yang lalu.
  “Misi utama kita di GS adalah untuk menumbangkan kerajaan sedia ada khususnya di Sabah seterusnya mengubah senario politik dengan memastikan PRU akan datang berlaku pertandingan satu lawan satu.
  “Walaubagaimanapun, ada beberapa parti enggan bekerjasama dengan kita, mereka ini boleh dikatakan sebagai ‘Ejen Malaya’ selain ingin bergerak sendiri,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Taklimat Persiapan PRU14 bersama Ketua-Ketua Pusat Operasi (KPO) di Bilik Mesyuarat Kampung Kaundo Kebatu disini, kelmarin.
  Hadir sama, Naib Presiden 1 Patrick Sadom; Naib Presiden 2 Datuk James Ghani dan Ketua Penerangan Karim Adam
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, pemimpin akar umbi khususnya di Harapan Rakyat perlu mempunyai keyakinan dan kekuatan dalam setiap perjuangan untuk empertahankan hak rakyat Sabah.
  “Jika ada parti politik tempatan enggan bekerjasama dengan kita bagi menghadapi PRU nanti, kita tidak boleh buat apa, kita tetap akan lawan mereka dan sudah pasti, misi kita di GS adalah mahu mengubah senario politik di negeri ini,”katanya.
  Dalam pada itu, Lajim turut berharap agar parti politik yang ‘lahir’ di Semenanjung untuk tidak bertanding di Sabah pada PRU akan datang.
  “Parti yang datang dari Semenanjung sewajarnya memberi peluang kepada parti tempatan untuk bertanding pada PRU akan datang kerana jika menang, parti tempatan ini akan menyumbang kepada pembentukan kerajaan pusat,”katanya.
  Terdahulu, Lajim turut berharap semua jentera parti Harapan Rakyat untuk terus bersedia dalam pelbagai aspek bagi menghadapi PRU yang akan diadakan bila-bila masa
  “Kita tidak tahu bila akan diadakan PRU, namun semua jentera parti perlu bersiap sedia dari sekarang,”katanya.


* Mohon letak kredit atau sumber jika ingin menggunakan bahan berita ini untuk ruangan blog anda. Terima Kasih

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "MEREKA EJEN MALAYA?"