Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

BUKA LEBIH BANYAK PELUANG PEKERJAAN DISANDAKAN




Oleh : Mohd Riswin Ismah (Pemuda Harapan Rakyat)

Sandakan,21 Ogos : Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Bahagian Libaran mahu kerajaan sedia ada membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda khususnya di daerah ini.
  Ketua Pemuda Harapan Rakyat Libaran Alfian Mansyur berkata, ia bagi memastikan golongan muda di daerah ini terus berkhidmat kepada masyarakat setempat tanpa perlu berhijrah ke luar daerah.
  “Kita dapat melihat, ramai anak muda di daerah ini meninggalkan kampung halaman berhijrah ke bandar seperti Kota Kinabalu atau Kuala Lumpur untuk mencari peluang pekerjaan.
  “Ini terbukti, peluang pekerjaan untuk anak tempatan begitu sedikit khususnya di Sandakan,”katanya ketika ditemui disini, baru –baru ini.
  Alfian yang juga Setiausaha Pemuda Harapan Rakyat negeri Sabah berkata, kerajaan juga perlu memberi perhatian kepada golongan muda yang dilihat menjadi tunjang kepada pembangunan Sabah.
  “Ini adalah salah satu perkara yang perlu diambil perhatian kerajaan, jika dilihat ada anak tempatan juga dianaktiri dalam pengambilan perjawatan jabatan kerajaan di Sabah,”katanya.
  Dalam perkembangan lain, seorang anak muda yang mahu dikenali sebagai Ejot,25, berkata, bidang pekerjaan di kawasan bandar lebih mendatangkan hasil yang lumayan berbanding di kawasan sendiri.
  “Saya bukan memilih pekerjaan, namun kadar gaji yang ditawarkan di Sandakan khususnya agak kecil berbanding di kawasan bandar seperti di Kuala Lumpur,”katanya.


KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "BUKA LEBIH BANYAK PELUANG PEKERJAAN DISANDAKAN"