Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

GOLONGAN MUDA DIPELAWA HADIR KONVENSYEN HAK-HAK SABAH



Oleh :Justin Wong

Kota Marudu, 21 Ogos: Orang ramai sekitar bandar raya Kota Kinabalu dan daerah berhampiran dijemput untuk menghadiri Majlis Mini Konvesyen Hak-Hak Sabah pada Ahad ini (27 Ogos).
  Program yang akan berlangsung bertempat di Hotel Ming Garden itu dijangka akan bermula seawal jam 1 petang.
  Ketua Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Ir Jovilis Majami berkata, program yang dianjurkan bersama parti komponen dalam Gabungan Sabah (GS) itu terbuka kepada semua masyarakat.
  “Aktiviti ini adalah program yang sama dianjurkan GS bermula di Telupid, Beaufort,Kudat dan pada Ahad ini diadakan pula di Kota Kinabalu.
  “Justeru bagi pihak Pemuda Harapan Rakyat, kita mempelawa golongan muda dikawasan berhampiran untuk hadir sama mendengar mengenai hak-hak rakyat Sabah pada majlis itu, “katanya.
  Beliau berkata demikian ketika di temui pada Majlis Bicara Sabahan 2.0 di Pejabat Harapan Rakyat Kota Marudu disini, kelmarin.
  Jovilis berkata, konvensyen yang diadakan merupakan peluang keemasan untuk rakyat memahami dan mendalami isu-isu semasa di Sabah.
  “Selain itu, rakyat juga berpeluang untuk mengajukan soalan kepada pemimpin dalam GS pada sesi soal jawap yang akan diadakan,”katanya.
  Terdahulu, program Majlis Bicara Sabahan 2.0 anjuran Gabungan Pemuda Sabah (GEMA) disempurnakan Timbalan Presiden Harapan Rakyat Datuk Maijol Mahap.

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "GOLONGAN MUDA DIPELAWA HADIR KONVENSYEN HAK-HAK SABAH"