Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

PEMUDA CAWANGAN HARAPAN RAKYAT BERPERANAN BANTU PROMOSI PARTI


Oleh : Mohd Faizizi Maidin (Pemuda Harapan Rakyat)

Beaufort,21 Ogos : Ahli Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) disemua cawangan berperanan penting dalam membantu mempromosi parti diperingkat akar umbi.
  Ketua Pemuda Harapan Rakyat Beaufort Mohd Ridzuan Bidin berkata, ia bagi memastikan golongan muda dapat memilih parti tempatan yang lebih memperjuangankan hak rakyat berbanding parti yang ‘lahir’ dari Semenanjung.
  “Kita mempunyai hampir 170 cawangan Pemuda Harapan Rakyat di Beaufort dan sudah pasti, peluang ini perlu diambil untuk menarik lebih ramai orang muda menyertai kita.
  “Selain itu, mereka juga berpeluang untuk memberi pandangan dan komen bagi memantapkan lagi pergerakan sayap khususnya di Beaufort,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Taklimat Isu-Isu Semasa dan Persiapan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 baru-baru ini.
  Mohd Ridzuan berkata, pihaknya turut bersedia untuk menghadapi PRU14 akan datang bagi memastikan calon bertanding dapat mempertahankan kerusi sedia ada
  “Kita akan terus berganding bahu memperkasa parti khususnya di Beaufort selain bekerjasama dengan pergerakan sayap parti yang lain.
  “Selain itu, kita juga akan terus membawa suara belia ke peringkat yang sewajarnya agar setaraf dengan pembangunan yang sedia ada,”katanya.
 

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "PEMUDA CAWANGAN HARAPAN RAKYAT BERPERANAN BANTU PROMOSI PARTI"