Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

HARAPAN RAKYAT RAMAI PEMIMPIN BERKALIBER, PROFESIONAL


LAJIM menerima borang keahlian baru - Foto Mohd Faizizi Maidin

Oleh : Justin Wong

Beaufort,24 Ogos : Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Datuk Seri Lajim Ukin menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya parti itu tidak mempunyai pemimpin berkaliber untuk berkhidmat kepada rakyat.
  Malah katanya, kepimpinan parti yang dibarisi oleh pelbagai kaum itu juga turut dianggotai oleh golongan profesional dalam pelbagai bidang terpenting.
  "Ahli dan kepimpinan parti kita bukan sahaja terdiri daripada pelbagai kaum malah turut dianggotai oleh golongan profesional terpenting.
  "Sebagai contoh kita ada beberapa peguam termasuk Timbalan Presiden 1 iaitu Datuk Maijol (Mahap), jurutera, bekas ahli korporat, pengurus besar dan ramai lagi,"katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Kenduri Sekampung dan Pelancaran Cawangan Kampung Kesogoh disini, kelmarin.
  Hadir sama Pengerusi Gabungan Wanita Sabah Datin Seri Normilah Siong; Timbalan Presiden 2 Ashim Jamat dan Ketua Cawangan Harapan Rakyat Kampung Kesogoh Jusli Bujang.
    Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, perjuangan ahli dan kepimpinan parti adalah bagi memperjuangkan serta mempertahankan hak-hak rakyat seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  "Saya hanya merintis jalan untuk pelapis kepimpinan muda pada masa akan datang dan sudah pasti perjuangan ini adalah untuk anak,cucu dan cicit kita kelak.
  "Selain itu, saya pasti rakyat Sabah inginkan perubahan dalam struktur pentadbiran negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 nanti selain mahukan senario politik juga berubah,"katanya.
  Tambahnya, pihaknya bersama Gabungan Sabah (GS) akan memastikan kerajaan baru kelak menjadi sebagai sebuah kerajaan bersih dan berjiwa rakyat.
  Sementara itu, Jusli berkata, pihaknya melahirkan keyakinan kepada pemimpinan parti yang diterajui Lajim bersama Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dalam memperjuangkan hak rakyat.
  "Kepimpinan sebuah parti bukan sahaja terletak diatas bahu presiden parti tetapi kita di peringkat akar umbi juga memainkan peranan penting dalam mempromosi parti kepada rakyat.
  "Sudah pasti, saya dan ahli yang lain menyambut baik penubuhan Harapan Rakyat kerana kita sudah ada 'rumah sendiri' tanpa perlu menumpang orang luar,"katanya.
  Terdahulu, pada majlis itu, Lajim turut menerima borang keahlian dari cawangan baru.



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "HARAPAN RAKYAT RAMAI PEMIMPIN BERKALIBER, PROFESIONAL"