Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

CALON MUDA DITAMPILKAN DILABUAN, ZIARAH KASIH SALUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN


Oleh : Allen Herrdiyady Ja'afar (Ketua Penerangan Labuan)

Labuan,24 Ogos : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Labuan dijangka akan menampilkan calon muda pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang bagi membawa perubahan dan pembangunan di kawasan ini.
  Ketua Bahagian Harapan Rakyat Labuan Siti Zaleha SW Ibrahim berkata, pihaknya juga yakin rakyat di Labuan inginkan perubahan dalam senario politik termasuk pentadbiran kerajaan.
  “Kita dapat lihat, keadaan ekonomi di Labuan khususnya dalam sektor minyak dan gas dilihat semakin kritikal apabila hampir 10,000 pekerja dalam bidang berkaitan hilang pekerjaan sejak 2015.
  “Ini semua berlaku apabila kegawatan ekonomi dan harga minyak yang tidak menentu diseluruh dunia,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika ditemui  selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Rancha-Rancha disini, kelmarin.
  Siti Zaleha berkata, kerajaan sedia ada tidak mengambil tindakan proaktif dalam menyediakan ‘back up plan’ yang relevan bagi menangani masalah yang dihadapi rakyat khususnya dalam bidang pekerjaan.
  Katanya, peniaga di Labuan turut mengalami kerugian apabila kurangnya kehadiran pengunjung khususnya pelancong luar selain kurangnya daya tarikan.
  “Selain kurangnya pembangunan dan sumber pekerjaan di Labuan, peniaga juga dilihat mencatat kerugian apabila ramai pekedai mula menutup premis perniagaan mereka kerana kurangnya pelanggan yang berkunjung.
  “Justeru, kita menyeru rakyat di Labuan untuk terus menyokong dan memilih Harapan Rakyat sebagai orang ‘Yang Berkhidmat’ bagi menuntut hak rakyat termasuk membawa pembangunan kepada masyarakat setempat,”katanya.
  Menurutnya, pihaknya juga mahu rakyat membuka minda dan hati bagi memberi peluang kepada Harapan Rakyat untuk memperjuangkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat tempatan.
  Terdahulu, pada majlis penyampaian sumbangan itu, Siti Zaleha bersama rombongan menyampaikan sumbangan ikhlas berupa wang tunai dan pakaian kepada mangsa, Sahri Abdul Majid,54.
  Siti Zaleha berkata, sumbangan yang disalurkan diharap mampu meringankan beban mangsa bersama isteri dan lima orang anaknya yang terselamat dari insiden kebakaran.
  “Pada hari ini (kelmarin) kita berkesempatan menziarahi sebuah keluarga mangsa kebakaran yang berlaku pada 17 Ogos lalu dimana saudara Sahri mengalami kelecuran di bahagian belakang badan semasa menyelamatkan anaknya yang berusia 3 tahun,”katanya.
   Tambahnya,  sumbangan yang disalurkan adalah sebahagian daripada ziarah kasih yang dilancarkan bahagian iti pada April lalu.
 

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "CALON MUDA DITAMPILKAN DILABUAN, ZIARAH KASIH SALUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN"