Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

RAKYAT TERUS BERI SOKONGAN PENUH KEPADA HARAPAN RAKYAT DAN GABUNGAN SABAH


MAIJOL bersama sebahagian penduduk yang hadir pada majlis itu.

Oleh : Justin Wong

Kota Marudu,25 Ogos : Rakyat di Sabah khususnya di daerah ini mula memberikan sokongan penuh terhadap perjuangan,visi dan misi parti politik tempatan yang bergabung menerusi Gabungan Sabah (GS).
  Timbalan Pengerusi Dua Gabungan Muda Sabah (GEMA) Ir Jovilis Majami berkata, ia terbukti apabila lebih 100 penduduk sekitar daerah ini menghadiri Program Bicara Sabahan kali kedua yang berlangsung baru-baru ini.
  “Pada mulanya kami hanya menyasarkan untuk golongan muda sahaja untuk berkongsi pandangan dan mengetengahkan beberapa perkara mengenai hak Sabah seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  “Namun kehadiran rakyat diluar jangkaan membuatkan kami memanjangkan program terbabit sehingga jam 4 petang yang sepatutnya tamat jam 2 petang,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus selepas program berkenaan disini, baru-baru ini.
  Jovilis yang juga Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) berkata, kehadiran penduduk setempat juga membuatkan lokasi penganjuran di Pejabat Perhubungan Harapan Rakyat Kota Marudu turut sesak.
  “Kita tidak mahu mengecewakan mereka yang hadir, kita memberi peluang untuk mereka menyuarakan soalan termasuk permasalahan yang dihadapi dikawasan mereka.
  “Selain itu, sambutan yang diterima juga menunjukkan bahawa calon yang bakal bertanding di kawasan ini akan berjaya memenangi kerusi bagi Parlimen Kota Marudu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 akan datang,”katanya,
  Jovilis yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Negeri Parti Harapan Rakyat Sabah berkata ini juga merupakan satu petanda baik bagi parti Gabungan Sabah untuk menang di kawasan ini pada pilihanraya akan datang kerana perjuangan parti ini kena dihati masyarakat di kawasan ini iaitu untuk memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah dan masa depan anak-anak mereka.
  Terdahulu,program yang dirasmikan Timbalan Presiden Harapan Rakyat Datuk Maijol Mahap itu turut dihadiri oleh ketua-ketua bahagian parti dalam GS Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek dan DUN Matunggung.
  Bicara Sabahan yang dianjurkan oleh GEMA ini dibahagikan kepada dua slot iaitu Borneo Tea Party (BTP) dan Forum Pemuda yang mana BTP memberi penerangan kepada MA63 yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Satu GEMA Feddrin Tualing.
  Manakala bagi Forum Pemuda dibarisi oleh finalis anak muda daripada GEMA.



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "RAKYAT TERUS BERI SOKONGAN PENUH KEPADA HARAPAN RAKYAT DAN GABUNGAN SABAH"