Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

WUJUDKAN SEKOLAH PERUBATAN, CADANG GUBAH LAGU SABAH YANG BARU


Kota Kinabalu,28 Ogos : Pergerakan Wanita Muda (WADA) Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) mencadangkan beberapa langkah penting kepada Majlis Gabungan Sabah (GS) bagi memperkasakan lagi institusi kesihatan di negeri ini.
  Ketua WADA Harapan Rakyat Dayang Aezzy Liman berkata, langkah yang dicadangkan itu boleh dilaksanakan apabila parti politik tempatan dalam GS berjaya mentadbir kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang.
  “Di Sabah sememangnya mempunyai banyak hospital tidak kira kerajaan mahupun swasta, namun apa yang dapat dilihat adalah kurangnya doktor atau doktor pakar dan kakitangan hospital yang menyebabkan tempoh menunggu pesakit boleh mencapai sehingga dua atau tiga jam.
  “Justeru, bagi pihak WADA, kami mencadangkan agar pihak GS dapat mewujudkan sekolah perubatan di enam buah residensi yang bakal diwujudkan khusus untuk anak tempatan menyambung pengajian dalam bidang perubatan,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan cadangan usul pada Majlis Konvensyen Hak-Hak Sabah disini, kelmarin.
  Dayang Aezzy berkata, graduan yang berjaya menamatkan pengajian di sekolah perubatan wajar diberi peluang untuk menjalankan praktikal dihospital kerajaan atau swasta di Sabah seterusnya mengisi perjawatan di hospital memerlukan.
  “Kuota jawatan kakitangan hospital juga perlu mengutamakan anak-anak tempatan bermula dari Pengarah Hospital sehinggalah pemandu ambulangs.
  “Ini adalah cara bagi mengurangkan masalah pengangguran melalui dua sektor utama iaitu Pendidikan dan Kesihatan,”katanya.
  Sementara itu, Dayang Aezzy berkata, pihaknya turut mencadangkan kepada GS untuk mewujudkan sebuah Kementerian Pelajaran Sabah (KPS) bagi memperkasakan institusi pendidikan di negeri ini.
   “Kementerian yang bakal diwujudkan itu nanti perlulah diisi oleh anak tempatan Sabah yang terlatih bagi menentukan sistem pendidikan di negeri ini dalam semua peringkat,”katanya.
  Dalam perkembangan sama, Dayang Aezzy turut mencadangkan agar GS menggubah sebuah lagu Sabah yang mencermikan negeri ini sebagai sebuah negeri yang merdeka di dalam Persekutuan Malaysia.
  “Kita boleh lancarkan pertandingan menggubah lagu Sabah yang baru secara terbuka dan sudah pasti lagu yang akan dipertandingkan ini akan kita nyanyikan dengan bangganya apabila GS berjaya mentadbir kerajaan kelak,”katanya.



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "WUJUDKAN SEKOLAH PERUBATAN, CADANG GUBAH LAGU SABAH YANG BARU"