Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

'ORANG LUAR' DENGKI DENGAN GABUNGAN SABAH




Kota Kinabalu,27 Ogos:  Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Datuk Seri Lajim Ukin mahu semua ahli dan kepimpinan parti dalam Gabungan Sabah (GS) terus berganding bahu bagi memastikan senario politik dapat diubah selepas Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang.
  Katanya, ia dilihat perlu bagi memastikan parti komponen dalam GS dapat mentadbir kerajaan baru selain menuntut kembali hak-hak Sabah seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  “Selain itu, kita di GS perlu sentiasa mengamalkan sikap berdisiplin dalam perjuangan mendekati hati rakyat serta menolak fitnah dan tohmahan dari pihak yang tidak bertanggungjawab.
  “Jika kita tidak mempunyai disiplin, sudah pasti ‘orang luar’ akan melihat kita lemah, itu yang kita tidak mahu, kita mahu GS ini menjadi sebuah gabungan yang terkuat di Sabah meskipun baru empat parti tempatan bersatu,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvensyen Hak-Hak Sabah di sini, kelmarin.
  Hadir sama pada majlis itu Pengerusi GS Datuk Mohd Noor Mansur; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Datuk Mohd Arshad Abdul Mualap.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, pihaknya turut melahirkan rasa kecewa apabila sering dikaitkan dengan fitnah dan tohmahan yang tidak bertanggungjawab selain sengaja melemahkan perjuangan GS.
  “Ada kalanya saya rasa kecewa apabila parti dan pemimpin dalam GS dikaitkan dengan fitnah yang mengatakan gabungan ini ‘mesra Barisan Nasional (BN)’ ‘ejen BN’ dan pelbagai lagi.
  “Namun ingin saya tegaskan, jangan sesekali kita mendengar apa-apa tuduhan yang tidak memberi kebaikan untuk kita, mereka yang memfitnah ini sememangnya dengki dan cemburu apabila GS terus mendapat sokongan rakyat Sabah,”katanya.
   Sementara itu, Lajim berkata, pihaknya mahu semua ahli dan kepimpinan parti dalam GS untuk terus bersedia menghadapi PRU14 yang akan diadakan bila-bila masa.
  “PRU 14 semakin hampir, kita perlu melihat bagaimana untuk kita mempertahankan momentum perjuangan GS kepada rakyat ini berterusan sehingga PRU akan datang.
  “Kita perlu bekerjasama dalam satu pasukan dan sudah pasti saya yakin semua pejuang parti dalam gabungan sudah bersedia sepenuhnya,”katanya.


  

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "'ORANG LUAR' DENGKI DENGAN GABUNGAN SABAH"