Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

PEMUDA HARAPAN RAKYAT CADANG TABUNG PENDIDIKAN ANAK SABAH DITUBUHKAN


Kota Kinabalu,29 Ogos: Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) mencadangkan sebuah agensi Tabung Pendidikan khas ditubuhkan bagi membantu anak tempatan Sabah melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan.
  Timbalan Ketua Pemuda Harapan Rakyat Sabah Ismail Norazman berkata, meskipun pelbagai bantuan dan tabung pendidikan dilaksanakan kerajaan namun ia dilihat masih memberi bebanan kepada graduan selepas tamat pengajian.
  “Ini kerana ruang dan peluang pekerjaan kepada anak tempatan khususnya di Sabah masih kurang menyebabkan graduan yang terbabit gagal untuk melunaskan wang pinjaman melalui agensi berkenaan seterusnya menyebabkan mereka dibebani hutang ribuan ringgit.
  “Justeru, Pemuda Harapan Rakyat mencadangkan agar sebuah agensi Tabung Pendidikan Khas Pelajar Sabah ditubuhkan dan dana yang disalurkan perlu diutamakan dengan jumlah yang mampu menampung perbelanjaan mereka,” katanya.
  Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan usul pada Majlis Konvensyen Hak-Hak Sabah disini, baru-baru ini.
 Ismail yang juga Ketua Pemuda Harapan Rakyat Sepanggar berkata, industri dan perusahaan dalam pelbagai bidang juga perlu ditambah di setiap residensi yang bakal diwujudkan bagi memberi anak Sabah menabur bakti di kawasan masing-masing.
  “Disamping itu, bagi usahawan muda yang mempunyai potensi besar berjaya menjadi jutawan baru, satu tabung dan dana Usahawan Muda Anak Sabah perlu diwujudkan dengan menyediakan dana sejumlah RM50,000 tanpa bayaran balik.
  “Peniaga atau usahawan perlulah benar-benar mencapai piawaian yang tinggi untuk diberikan dana tersebut,”katanya.
  Dalam pada itu, Ismail berkata, golongan muda di Sabah komited untuk membangunkan negeri ini dengan sokongan dan galakan kerajaan yang lebih adil selain berwawasan memajukan negeri setanding negara luar.
  “Sudah pasti, bagi pihak Pemuda Harapan Rakyat dan Gabungan Sabah (GS), kami inginkan sebuah kerajaan baru yang diterajui oleh parti tempatan Sabah pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang,”katanya.


KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "PEMUDA HARAPAN RAKYAT CADANG TABUNG PENDIDIKAN ANAK SABAH DITUBUHKAN"