Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

'SABAH DAY' BANGKIT SEMANGAT RAKYAT SABAH


Oleh : Terrence Yong

Kundasang, 01 Sept : Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Datuk Seri Lajim Ukin mengajak rakyat negeri ini untuk menjayakan Agenda Borneo yang diperjuangkan oleh parti politik tempatan dalam Gabungan Sabah (GS).
  Katanya, Agenda Borneo yang diperjuangkan oleh parti komponen dalam GS itu adalah untuk rakyat Sabah seterusnya generasi yang akan datang.
   “Saya juga ingin mengajak semua rakyat di Sabah untuk bersama dalam satu pasukan bagi memastikan negeri ini terus membangun, maju, adil dan saksama dalam pelbagai perkara termasuk pentadbiran kerajaan.
  “Selain itu, saya juga yakin bahawa Sabah akan ditadbir oleh anak-anak negeri ini sendiri selepas Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang dan tidak akan mengikut telunjuk ‘orang luar’,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan ‘Sabah Day’ di Pekan Kundasang disini, kelmarin.
  Hadir sama pada majlis itu Pengerusi GS Datuk Mohd Noor Mansur; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Datuk Mohd Arshad Abdul Mualap.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, rakyat Sabah juga perlu terus menghayati semangat perayaan ‘Sabah Day’ selain terus melangkah ke depan bagi mencipta kejayaan berganda kepada negeri ini.
  “Rakyat Sabah terdiri daripada 31 suku kaum dan sudah pasti perpaduan dikalangan semua suku kaum sejak dahulu lagi berjaya meletakkan kita lebih layak untuk mendahului slogan 1 Sabah dan bukannya 1 Malaysia.
  “Apa yang lebih utama, untuk kita berjaya, kita perlu ada perpaduan, bersatu dan berganding bahu demi kelangsungan kejayaan Sabah,”katanya.
   Sementara itu, Lajim berkata, sambutan ‘Sabah Day’ yang disambut sejak beberapa tahun lalu dilihat berjaya membangkitkan semangat rakyat untuk memastikan Sabah terus merdeka, membangun dan maju.
  “Tarikh keramat kemerdekaan Sabah adalah pada 31 Ogos 1963 dan tahun inilah Borneo Utara atau Sabah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka dan bebas dari jajahan British, ini sendiri yang dinyatakan oleh Governor terakhir British di Sabah Sir William.
  “Fakta penting kemerdekaan Sabah telah disembunyikan dari pengetahuan umum oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan sejarah Malaysia gagal meletakkan sejarah Sabah dalam perspektif yang betul dan sering diputar belit untuk kepentingan satu pihak sahaja,”katanya.

tamat



LAJIM (dua kanan) bersama kepimpinan Gabungan Sabah (GS) hadir pada majlis sambutan 'Sabah Day' - Foto : Marcellus Manisah 

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "'SABAH DAY' BANGKIT SEMANGAT RAKYAT SABAH"