Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

SOKONG LAJIM DILANTIK SEMULA PIMPIN HARAPAN RAKYAT


Patrick Sadom                     Jaafar Ismail

Kota Kinabalu, 23 September: Barisan kepimpinan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan terus menyokong kepimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Seri Lajim Ukin untuk dilantik semula menjadi presiden parti pada Persidangan Agung Tahunan Perwakilan Oktober depan.
  Naib Presiden 1 Harapan Rakyat Patrick Sadom berkata, pihaknya juga yakin kepimpinan disemua peringkat bahagian juga akan turut mengusulkan cadangan bagi tujuan sama apabila semua bahagian kini sedang menjalankan mesyuarat agung.
  “Seperti mana yang semua sedia maklum, beliau (Lajim) kini dilucutkan jawatan sebagai presiden parti berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 yang ditetapkan meskipun status kebankrapan terhadapnya sudah dibatalkan.
  “Namun dipihak kepimpinan parti dan seluruh bahagian di Sabah dan Labuan, kami semua akan terus menyokong beliau untuk dilantik semula menjadi presiden pada 26 Oktober depan,”katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.
  Patrick berkata, isu yang berlaku terhadap Lajim tidak memberi kesan atau melemahkan pentadbiran parti malah sokongan terhadapnya terus kukuh.
  “Meskipun isu ini tidak melibatkan rakyat dan hanya bersifat peribadi namun kami sentiasa ada bersama beliau untuk memberi sokongan moral bagi berdepan saat getir.
  “Krediabiliti beliau memimpin parti langsung tidak tergugat malah kami akan berjuang untuk menuntut hak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),”katanya.
  Dalam pada itu, Patrick turut meminta semua pihak untuk tidak mempolitikkan isu yang sudah diselesaikan sepenuhnya.
  “Beliau (Lajim) adalah mangsa keadaan dan isu ini juga langsung tidak membawa kesan negatif terhadap rakyat,”katanya.
  Sementara itu, Naib Presiden 3 Harapan Rakyat Jaafar Ismail berkata, pihaknya turut mencadangkan Lajim dilantik semula sebagai presiden parti pada Persidangan Agung Tahunan Perwakilan Oktober depan
  “Dipihak kami khususnya di Bahagian Kimanis, seluruh kepimpinan bahagian termasuk Pemuda;Wanita dan Wanita Muda akan berdiri teguh bersama beliau (Lajim).
  “Kami juga akan membawa usul bagi mencadangkan Datuk Lajim dilantik sebagai presiden pada persidangan agung kelak,”katanya.



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "SOKONG LAJIM DILANTIK SEMULA PIMPIN HARAPAN RAKYAT"