Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

PEMUDA HARAPAN RAKYAT LAUNG SOKONGAN PENUH KEPADA PRESIDEN PARTI


JOVILIS MAJAMI

Kota Kinabalu, 20 September: Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan terus memberi sokongan penuh terhadap kepimpinan presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin meskipun berdepan isu notis mahkamah.
  Ketua Pemuda Harapan Rakyat Jovilis Majami berkata, isu notis mahkamah yang tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sejak kelmarin dilihat tidak memberi kesan terhadap perjuangan parti.
  “Bagi kami selaku anak muda dalam pergerakan sayap parti melihat secara keseluruhan perjuangan parti pimpinan beliau (Lajim) masih berpaksi kepada membela rakyat Sabah.
  “Selain itu juga, perjuangan Harapan Rakyat juga dilihat mahu mempertahankan hak-hak Sabah selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sama seperti rakan komponen dalam Gabungan Sabah (GS),”katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.
  Jovilis berkata, pihaknya juga yakin isu yang membabitkan presiden parti akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.
  “Dipihak kami, isu ini juga tidak akan mengganggu apa-apa program yang sudah dirancang sama ada di peringkat negeri mahupun bahagian.
  “Ini termasuk persidangan agung tahunan pemuda di peringkat bahagian seterus negeri pada penghujung Oktober depan,”katanya.
  Dalam pada itu, Jovilis turut meminta semua kepimpinan Pemuda Harapan Rakyat di peringkat bahagian untuk terus memberi perhatian penuh terhadap aktiviti yang dirancang bagi memastikan kejayaan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).


KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "PEMUDA HARAPAN RAKYAT LAUNG SOKONGAN PENUH KEPADA PRESIDEN PARTI"