Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

NAFI LAJIM SERTAI UMNO, TIADA 'U-TURN' BERLAKU


KARIM ADAM

Kota Kinabalu, 19 September: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab kononnya presiden parti itu Datuk Seri Lajim Ukin akan membuat ‘U-Turn’ kembali menyertai UMNO.
  Ketua Penerangan Harapan Rakyat Karim Adam berkata, dakwaan itu timbul selepas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kemasukan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam parti UMNO Ahad lalu.
  “Spekulasi ini sengaja ditimbulkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab selain cemburu dengan sokongan padu rakyat terhadap Harapan Rakyat sejak penubuhan parti tahun lalu.
  “Justeru, bagi pihak Harapan Rakyat, kami menafikan dakwaan berkenaan selain akan terus berjuang untuk mempertahankan hak-hak rakyat selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),”katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.
  Karim berkata, pihak lawan dilihat bimbang dengan peningkatan sokongan rakyat terhadap perjuangan Harapan Rakyat yang diterajui oleh Datuk Seri Lajim Ukin.
  “Kami percaya taktik kotor itu tidak akan melemahkan beliau (Lajim) untuk terus berjuang bagi kepentingan rakyat di Sabah.
  “Selain itu, presiden Harapan Rakyat juga sering melaungkan ketegasan akan terus berjuang dengan rakan komponen dalam Gabungan Sabah (GS),”katanya.
  Tambahnya, pihaknya juga sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang selain mahu mengubah senario politik Sabah.

KONGSIKAN SEKARANG

1 Response to "NAFI LAJIM SERTAI UMNO, TIADA 'U-TURN' BERLAKU"

  1. Tebaik, memang banyak yg Mengigau di kala ini apabila meyedari phrs Dan gs m mangkin mendapat tempat dihati rakyat

    BalasPadam