Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

BELUM ADA SEBARANG PERBINCANGAN




Kota Kinabalu,8 Disember: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bersama parti tempatan dalam Gabungan Sabah (GS) belum mengadakan sebarang perbincangan bersama parti dalam Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang.
  Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pihaknya bersama GS turut memikirkan soal kerjasama dengan parti pembangkang lain bagi menghadapi PRU14 meskipun tidak bergabung.
  “Sehingga kini, kita (Harapan Rakyat) dan rakan dalam GS belum membuat apa-apa perbincangan bersama parti dalam PH bagi menghadapi PRU14 dan hari ini kita menerima bekas ahli mereka iaitu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke dalam Harapan Rakyat.
  “Walaubagaimanapun dalam GS, kita memikirkan soal kerjasama untuk menghadapi PRU14 meskipun tidak bergabung dan besar kemungkinan juga akan berlaku kerjasama antara parti-parti tertentu sahaja,”katanya.
  Beliau berkata demikian selepas menerima borang keahlian kemasukan 19 Ketua Cawangan UMNO dan Tiga Ketua Ranting PKR Bahagian Sipitang di Ibu Pejabat Harapan Rakyat disini, hari ini.
  Hadir sama, Naib Presiden 1 Patrick Sadom; Naib Presiden 2 Datuk James Ghani; Naib Presiden 5 Datu Sebastian Datu Panglima J Banting; Setiausaha Agung Abdin Darus dan Ketua Penerangan Karim Adam.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, kerjasama bersama parti pembangkang tertentu itu dijangka mampu mencari satu formula berkesan bagi mengelak berlaku pertembungan antara parti dalam PH serta GS.
  “Sudah pasti kita mengalu-alukan segala perbincangan dari masa ke semasa kerana matlamat utama kita dan GS adalah untuk menumbangkan kerajaan BN.
  “Bukan kita tidak mahu sebuah parti itu tanding lebih, tetapi jika kalah, hasrat untuk menubuhkan kerajaan baru mungkin tidak akan tercapai juga berlaku pertembungan lebih empat atau lima penjuru,”katanya.
  Dalam perkembangan sama, Lajim berkata, matlamat utama pihaknya adalah untuk membela masa depan rakyat selain menuntut kesamarataan seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "BELUM ADA SEBARANG PERBINCANGAN"