Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

LAUNG KEYAKINAN UNTUK ATASI MASALAH RAKYAT



Oleh :Md Faizizi Maidin

Sipitang,3 Disember : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus melaungkan keyakinan untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi rakyat didaerah ini apabila diberi mandat selepas Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang.
  Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pihaknya bersama parti tempatan dalam Gabungan Sabah (GS) mempunyai pelbagai teras perjuangan yang mampu membantu menaikkan taraf hidup rakyat negeri ini.
  “Kita dapat lihat, pelbagai isu yang dihadapi rakyat disini seperti bekalan elektrik, air, peluang pekerjaan yang kurang dan pelbagai isu lain masih belum dapat diatasi oleh kerajaan sedia ada.
  “Justeru, jika kita bersama parti tempatan dalam GS diberi mandate selepas PRU14 nanti, sudah tentu kita akan atasi masalah ini melalui teras perjuangan yang sudah ditetapkan,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Santai bersama Presiden di Kampung Malamam disini, kelmarin.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, pihaknya juga mahu berjuang untuk rakyat Sabah selain mahukan kesamarataan pembangunan seperti yang diperoleh rakyat di Semenanjung.
  “Sabah sebuah negeri yang kaya dengan Minyak dan Gas serta pelbagai khazanah lain, namun pembangunan di negeri ini masih kurang membangun berbanding di Semenanjung.
  “Justeru itu, kita akan terus berjuang bersama rakan parti tempatan dalam GS untuk memperjuangkan hak Sabah seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),”katanya.
   Terdahulu, Lajim turut merakamkan penghargaan kepada semua penduduk yang hadir pada majlis itu yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai misi, visi dan wawasan Harapan Rakyat.
  “Apa yang kita mahu dalam perjuangan membela nasib rakyat di Sabah adalah kualiti dan bukanlah kuantiti semata-mata,”katanya.
  Pada majlis itu, Lajim turut menerima borang keahlian bagi cawangan SFI dan Tanjung Pagar.




KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "LAUNG KEYAKINAN UNTUK ATASI MASALAH RAKYAT"