Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

TERUS BELA NASIB RAKYAT



Oleh: Justin Wong
Foto : Md Faizizi Maidin

Papar,28 November: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan terus berjuang bersama parti tempatan dalam Gabungan Sabah (GS) bagi membela nasib rakyat di negeri ini merangkumi pelbagai aspek kehidupan.
  Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pihaknya bersama GS akan berlaku adil dan saksama kepada rakyat Sabah dan tidak akan mengikuti cara pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).
  “Sebagai pejuang parti, saya ingin mengingatkan kepada semua ahli khususnya di Harapan Rakyat untuk sedia berkorban dan berjuang untuk rakyat yang terus ‘dianaktirikan’ oleh kerajaan sedia ada.
  “Apa yang pasti, Harapan Rakyat bersama GS mahu landskap politik dinegeri ini diubah kepada sebuah kerajaan yang adil dan saksama selepas Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan datang,” katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kursus Pengurusan Pilihanraya kali keempat di salah sebuah pusat peranginan di sini, baru-baru ini.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, ahli parti disemua peringkat juga perlu bersatu dalam menangani isu fitnah dan tohmahan yang dilemparkan dari pihak yang tidak bertanggungjawab.
   “Dalam dunia politik, kita tidak nafikan akan berdepan dengan pelbagai isu, fitnah dan tohmahan dari pihak tertentu yang dengki dengan cara kepimpinan parti kita.
  “Justeru, ingin saya mengingatkan kepada semua ahli dipelbagai peringkat untuk bersatu menyelesaikan apa juga masalah dihadapi dengan segera dan holistik,”katanya.
  Dalam pada itu, Lajim turut mengingatkan ahli parti untuk mengamalkan sikap amanah dalam melaksanakan tugas diberikan khususnya jentera Pilihan Raya parti.
  Terdahulu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta kursus yang hadir kerana berjaya melaksanakan tugas diberikan selain mampu menyahut seruan parti.



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "TERUS BELA NASIB RAKYAT"