Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

HARAPAN RAKYAT BEAUFORT BUAT LAPORAN POLIS



Oleh : Justin Wong
Foto : Md Faizizi Maidin

Beaufort,16 November : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Bahagian Beaufort hari ini membuat laporan polis berhubung satu risalah berunsur fitnah terhadap Harapan Rakyat dan Gabungan Sabah (GS) yang tersebar di kawasan Pasar Am Beaufort.
  Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Harapan Rakyat Dikin Musah berkata, risalah yang turut memfitnah Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin itu mula tersebar dan diselit di beberapa buah meja peniaga pasar berkenaan pada 12 November lalu.
  “Risalah berkenaan menyatakan beberapa ayat yang berunsur fitnah ditujukan kepada Presiden Harapan Rakyat iaitu (YB) Datuk Seri Lajim Ukin dan parti dalam GS kononnya parti tempatan ini adalah ‘Mesra BN’.
  “Meskipun sudah beberapa kali presiden parti membuat penafian dalam beberapa ucapan dan sidang media namun individu tidak bertanggungjawab ini membuat perkara sama sekali lagi,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Beaufort pagi tadi.
  Dikin berkata, fitnah dan tohmahan yang dilemparkan melalui risalah berkenaan boleh menimbulkan rasa marah orang ramai selain pergaduhan.
  “Sudah pasti, laporan yang kami buat ini adalah untuk membuat penafian selain takut timbul rasa kebencian dan pergaduhan antara individu tertentu.
  “Kita mahu elak semua itu selain tidak mahu bermusuh dengan mana-mana pihak, justeru kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat tindakan selanjutnya,”katanya.
  


KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "HARAPAN RAKYAT BEAUFORT BUAT LAPORAN POLIS "