Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

PEMUDA HARAPAN RAKYAT BIDAS KENYATAAN KHAIRY JAMALUDDIN



Jovilis (Gambar Kecil)

Kota Kinabalu,16 November: Pergerakan Pemuda Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) membidas kenyataan Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin yang menyatakan parti pembangkang di Sabah umpama saudagar mimpi yang hanya menjual janji palsu.
  Ketua Pergerakan Harapan Rakyat Jovilis Majami berkata, kenyataan itu dilihat hanya untuk ‘membodek’ rakyat Sabah untuk terus memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
  “Parti kerajaan yang diterajui BN itu kini sudah tidak mendapat tempat di hati rakyat di Semenanjung sejak dua PRU yang lalu tetapi masih berkuasa disebabkan oleh undi rakyat Sabah dan Sarawak.
  “Kita juga dapat lihat, mereka ini khususnya BN mula resah apabila rakyat Sabah mula menolak kerajaan sedia ada dan ingin perubahan dalam senario politik tempatan,”katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.
  Jovilis berkata, Sabah juga masih dikategorikan sebagai negeri termiskin di Malaysia meskipun pelbagai pembangunan dilaksanakan dibawah pentadbiran Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan Perdana Menteri Dtauk Seri Najib Razak.
  “Masalah utama rakyat Sabah yang tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan ketika ini ialah Perjanjian Malaysia 1963 yang tidak dipatuhi oleh kerajaan persekutuan sehinggakan kita kehilangan kuasa untuk mentadbir wilayah Sabah berasaskan acuan sendiri.
  “Masalah seperti kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), masalah tanah dan pelbagai isu lain sebenarnya inilah masalah utama rakyat Sabah yang harus diselesaikan oleh kerajaan yang memerintah,” katanya.
  Katanya peruntukan daripada Perdana Menteri yang dikatakan sangat besar untuk Sabah adalah disebabkan kerajaan takut akan kehilangan sokongan dari Sabah dan bukannya berbentuk keikhlasan seperti yang didakwa.
  “Mereka perlukan kita kerana mereka lemah di Semenanjung tetapi apabila mereka kuat di sana kita di Sabah ini dilihat seperti sampah yang tidak berguna”.
  “Sekiranya Perdana Menteri betul-betul ikhlas kepada rakyat Sabah kenapa beliau tidak kembalikan sahaja autonomi Sabah ini seperti yang termaktub dalam MA63”.katanya.
 



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "PEMUDA HARAPAN RAKYAT BIDAS KENYATAAN KHAIRY JAMALUDDIN"