Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

BERI PENEKANAN SOSIOEKONOMI DI KUALA PENYU


Oleh : Justin Wong

Kuala Penyu,03 Februari : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan memberi penekanan utama dalam bidang sosioekonomi bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat di daerah ini.
   Timbalan Penyelaras Harapan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu Jonas Sunggim berkata, pihaknya akan menjadikan bidang iu sebagai agenda utama bagi mengelakkan anak tempatan berhijrah ke bandar.
  “Seperti semua sedia maklum, golongan muda khususnya di daerah ini ramai yang berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan.
  “Justeru, kita akan meningkatkan lagi industri bagi memberikan pendapatan yang lebih baik kepada penduduk setempat seterusnya mengelak dari golongan muda berhijrah ke bandar,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan ikhlas kepada adik Shafinaz di Kampung Mansud yang akan melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS).
  Jonas berkata, pihaknya juga bersedia untuk mempertingkatkan lagi fasiliti pelancongan di daerah ini selain akan menjadikan ia sebagai sebuah destinasi pelancongan.
  “Ini akan menjadi misi kita dan akan memastikan masyarakat setempat memperoleh manfaat dari ekonomi yang dilaksanakan,”katanya.
  Dalam pada itu, Jonas turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian anak daerah ini yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  “Saya doakan agar Shafinaz terus cemerlang dalan pelajaran dan dapat menabur bakti kepada daerah ini apabila tamat pengajian kelak


KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "BERI PENEKANAN SOSIOEKONOMI DI KUALA PENYU"