Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

SEDIA HADAPI PRU14




Membakut 18 MAC 2017: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14) diadakan lebih awal atau sebaliknya.
  Presidennya Datuk Seri Lajim Ukin berkata, ia termasuklah persediaan calon parti, logistik selain jentera parti dipelbagai peringkat akar umbi sudah dirancang dengan rapi dan teratur.
  “Kita tidak tahu bila kemungkinan PRU14 akan diadakan, namun sudah pasti, parti kita (Harapan Rakyat) sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi PRU termasuklah mengadakan bengkel persediaan kepada jentera parti.
  “Meskipun bengkel ini tidak 100 peratus dilihat sempurna namun saya yakin, semua jentera parti yang terlibat akan dapat berjuang untuk parti pada PRU14 akan datang,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Persediaan PRU14 disini,kelmarin.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, semua jentera parti disemua peringkat perlu mengukuhkan silaturahim dan mengelak daripada berselisih faham.
  “Kita tidak boleh mengamalkan sikap berkelompok dalam suatu organisasi, kerana ini boleh melemahkan semangat juang kita berlawan menentang ‘musuh’dalam politik,” katanya.
  Dalam perkembangan sama, Lajim berkata, Harapan Rakyat juga akan mengetengahkan golongan wanita sebagai pemimpin dalam suatu organisasi kerajaan jika parti diberi mandat memerintah.
  “Golongan wanita juga penting dalam membuat keputusan sebab, dasar parti kita perlu sekurang-kurangnya 30 peratus golongan wanita dalam semua pentadbiran kerajaan.
  “Justeru, kita tidak akan melupakan golongan ini kerana kita mahu mereka juga setanding dengan golongan lelaki dalam pentadbian organisasi,”katanya.
  Sementara itu, Lajim berkata, Harapan Rakyat akan terus berjuang menyatupadukan rakyat Sabah dalam pelbagai aspek selain akan menunaikan manifesto parti apabila berjaya dalam PRU14.
  “Marilah kita bekerja dalam satu pasukan, ini adalah sangat penting kerana rakyat inginkan perubahan,”katanya.
  Terdahulu, bengkel itu turut disertai seramai 274 peserta daripada seluruh Sabah selama tiga hari dua malam.



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "SEDIA HADAPI PRU14"