Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

HARAPAN RAKYAT AKAN PASTIKAN CUKAI MEMBEBANKAN RAKYAT DIHAPUSKAN




Beaufort,17 Jun : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan memastikan segala cukai yang membebankan rakyat dihapuskan apabila berjaya mentadbir kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
  Presidennya Datuk Seri Lajim Ukin berkata, ia termasuklah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan terbaru Cukai Pelancongan yang akan mula dilaksanakan 1 Julai depan.
  “Seperti yang kita sedia maklum, rakyat kini dibebani dengan cukai GST sebanyak 6 peratus setiap kali membuat pembelian barangan di mana-mana premis perniagaan sejak beberapa tahun lalu.
  “Ia dilihat menyusahkan rakyat dan terbaru kerajaan pusat bakal melaksanakan Cukai Pelancongan kepada mereka yang akan menginap di pusat peranginan dan hotel tidak kira pelancong asing mahupun rakyat tempatan,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Pergerakan Sayap Harapan Rakyat Bahagian Beaufort disini, kelmarin.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, kerajaan turut mengaburi rakyat dengan memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) secara berperingkat sebanyak tiga kali setahun.
  “Kerajaan memberikan BR1M kepada rakyat, namun hakikatnya mereka ambil balik bantuan berkenaan menerusi cukai yang dikenakan apabila rakyat membuat pembelian dan ia tidak bertahan lama.
  “Sudah pasti, kita akan hapuskan cukai yang membebankan rakyat apabila berjaya mentadbir kerajaan selain akan memasukkan kedalam manifesto pada PRU14 akan datang,”katanya.
  Dalam perkembangan lain, Lajim turut merakamkan penghargaan kepada Profesor Dr D Kamaruddin D Maidin atas perlantikan sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang kelima.
  “Perlantikan ini menandakan anak jati Sabah juga berkelayakan untuk menjawat jawatan penting dalam sebuah organisasi khususnya di UMS.
  “Sudah pasti, kita tidak mahu ‘orang luar’ menjadi pentadbir kepada sebuah organisasi terpenting di Sabah dan kita akan terus membantah jika kerajaan pusat tidak mendengar suara rakyat negeri ini,”katanya.
  Terdahulu, pada majlis itu, Lajim turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa warga emas yang hadir.
















KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "HARAPAN RAKYAT AKAN PASTIKAN CUKAI MEMBEBANKAN RAKYAT DIHAPUSKAN"