Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

GABUNGAN SABAH TERUS FOKUS MEMBELA NASIB RAKYAT


Sepanggar,15 Januari: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bersama rakan parti dalam Gabungan Sabah (GS) mahu ahli parti terus memberi fokus kepada perjuangan membela nasib rakyat di Sabah.
  Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pihaknya bersama rakan GS akan menuntut hak rakyat yang ‘dilupakan’ kerajaan pusat berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  “Kita mempunyai gabungan yang kuat dan kukuh, kita perlu terus fokus kepada perjuangan kita berdasarkan Teras Perjuangan GS untuk membela nasib rakyat.
  “Namun ianya akan dapat dilaksanakan apabila kita sudah menubuhkan kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang,”katanya.
   Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Jentera Pilihan Raya Umum (PRU) Gabungan Sabah Bahagian Sepanggar di Dewan Taman Putera Jaya disini, baru –baru ini.
  Hadir sama isterinya Datin Seri Normilah Siong; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee dan Timbalan Presiden 2 Harapan Rakyat Ashim Jamat.
  Terdahulu, Lajim hadir mewakili Pengerusi GS Datuk Mohd Noor Mansoor yang kini menerima rawatan di hospital.
  Lajim berkata, pihaknya juga menaruh keyakinan tinggi kepada rakan dalam GS yang sentiasa bermuafakat dalam membincangkan pelbagai perkara termasuk pembahagian kerusi PRU14 akan datang.
  “Bagi saya di GS, kami sentiasa bermuafakat dan berinteraksi dengan sebaiknya selain mudah untuk memikirkan sesuatu yang terbaik kepada perjuangan GS seterusnya rakyat Sabah.
  “Kita juga sedia berbincang dalam soal pengagihan kerusi dan hanya beberapa kerusi lagi yang tinggal untuk kami rundingkan,”katanya.

  

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "GABUNGAN SABAH TERUS FOKUS MEMBELA NASIB RAKYAT"