Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

PBBS ANJUR MAJLIS MAKAN MALAM PERPADUAN MAC DEPAN


Kota Kinabalu,09 Januari : Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) akan mengadakan Majlis Makan Malam Perpaduan pada Mac depan bertempat di Dewan Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun.
  Presiden PBBS Datuk Seri Lajim Ukin berkata, penganjuran majlis berkenaan adalah bertujuan bagi mengerat dan mengukuhkan perpaduan semua ahli diseluruh Sabah.
  “Pada hari Sabtu yang lalu, kita telah mengadakan mesyuarat agung perwakilan persatuan seterusnya mengadakan pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) bagi penggal 2018-2021.
  “Sudah tentu pelbagai aktiviti akan diadakan dan salah satunya ialah Majlis Makan Malam Perpaduan yang akan diadakan pada 10 Mac depan,”katanya dalam sidang media disini, kelmarin.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata,  majlis itu akan turut dihadiri oleh seluruh pimpinan masyarakat Bisaya termasuk pemimpin politik.
  “Selain majlis makan malam, kita juga akan turut mengadakan Majlis Angkat Sumpah bagi barisan kepimpinan PBBS sesi 2018-2021,”katanya.
  Sementara itu, Lajim berkata, pihaknya juga akan merancang untuk membuka sebuah pusat tuisyen bagi kanak-kanak kaum Bisaya.
  “Pusat itu nanti akan mengajar kanak-kanak dua mata pelajaran iaitu Sains dan Bahasa Inggeris dan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga tahun.
  “Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan datang, kita juga akan melantik Biro Pendidikan bagi menguruskan pusat tuisyen ini nanti,”katanya.
  Dalam pada itu, Lajim turut berkata, pihaknya juga akan mengadakan pelbagai program yang akan digalas oleh AMT baru dalam tempoh tiga tahun akan datang.
  “Ia selaras dengan visi misi persatuan yang mahu kita terus memperkukuhkan persefahaman dikalangan masyarakat suku kaum Bisaya di Sabah,”katanya.

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "PBBS ANJUR MAJLIS MAKAN MALAM PERPADUAN MAC DEPAN"