Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

JENTERA PARTI PERLU BERSEDIA DAN LENGKAP HADAPI PRU14


Oleh : Md Faizizi Maidin
Foto : Justin Wong
  
Ranau, 26 Mac: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) mahu semua jentera pilihan raya di semua bahagian seluruh Sabah dan Labuan bersiap sedia  bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
  Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin berkata, ia termasuklah menjalin kerjasama erat antara rakan parti dalam Gabungan Sabah (GS).
   “Seperti yang kita semua sedia maklum, kita sudah berada dalam suasana PRU, ia tidak lama lagi, mungkin dalam seminggu dua akan bubarlah Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
  “Oleh itu, jentera parti kita disemua bahagian perlu lengkap dan bersedia selain menjalin kerjasama erat antara tiga parti dalam GS,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Jentera Pilihan Raya Harapan Rakyat Parlimen Ranau di Kampung Kimolohing disini, kelmarin.
  Hadir sama isteri Datin Seri Normilah Siong; Naib Presiden 5 Harapan Rakyat Datu Sebastian Datu Panglima J Banting; Setiausaha Agung Abdin Darus; Ketua Penerangan Karim Adam dan Ketua Bahagian Ranau Adzman Manaf.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, jentera parti juga perlu kuat dan melipatgandakan usaha bagi memenangi hati rakyat dikawasan masing-masing.
  “Kita juga mahu rakyat faham mengenai matlamat kita seperti yang terkandung dalam Teras Perjuangan Harapan Rakyat termasuklah Manifesto GS yang sudah dilancarkan baru-baru ini.
  “Saya yakin perpaduan antara rakan kita di GS sentiasa kuat dan kukuh dan saling membantu parti lain untuk memenangi hati rakyat,”katanya.
  Dalam pada itu, Lajim berkata, pihaknya bersama GS mempunyai formula terbaik bagi memastikan landskap politik di Sabah berubah selepas PRU14 nanti.
  “Sebagai contoh, jika Harapan Rakyat bertanding disuatu kawasan, rakan parti dalam GS akan membantu dan sebaliknya Harapan Rakyat juga akan membantu rakan dikawasan lain.
  “Dalam politik, kita kena ada tolak ansur, kita tidak boleh berkeras, akibatnya nanti kita semua akan rugi,”katanya.


KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "JENTERA PARTI PERLU BERSEDIA DAN LENGKAP HADAPI PRU14"