Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

HARAPAN RAKYAT AKAN PASTIKAN KUALA PENYU MEMBANGUN



Oleh : Justin Wong

Kuala Penyu,26 Februari : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan memastikan daerah ini dibangunkan sepenuhnya bagi memberi peluang pekerjaan dan meningkatkan sumber ekonomi penduduk setempat.
  Presiden Harapan Rakyat Datuk Seri Lajim Ukin berkata, ia akan dilaksanakan apabila Harapan Rakyat bersama rakan dalam Gabungan Sabah (GS) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
  "Daerah ini mampu dibangunkan setanding dengan daerah lain di Sabah dan berupaya untuk menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negeri.
  "Sebelum ini, saya pernah menjadi Ahli Parlimen disini untuk satu penggal iaitu dari 2008 hingga 2013 dimana pelbagai pembangunan saya bawa ke sini antaranya jalan raya lebih 160 kilometer termasuk Jambatan Sitompok,"katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Kediaman Timbalan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu Jonas Sunggim.
  Hadir sama isterinya Datin Seri Normilah Siong.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, pihaknya turut memberi keyakinan untuk mengatasi masalah air yang membelenggu penduduk di daerah itu sejak beberapa tahun lalu.
  "Jika saya diberi satu penggal lagi iaitu pada PRU14 akan datang mungkin masalah air di daerah ini juga saya akan tangani.
  "Selain itu, kita juga akan membawa masuk industri ke daerah ini untuk menjana ekonomi tempatan dan peluang pekerjaan seperti mana yang sudah saya laksanakan di daerah Beaufort sebelum ini,"katanya.
  Sementara itu, Lajim berkata, kepelbagaian agama dan suku kaum di Sabah tidak menjadi halangan untuk suatu kaum menyambut perayaan masyarakat lain.
  "Seperti semua sedia maklum, Sabah adalah sebuah negeri yang unik dan sebagai contoh masyarakat Tatana di daerah ini turut mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina pada kali ini.
  "Perbezaan agama tidak akan memutuskan tali persaudaraan antara sesama kita, masyarakat disini adalah contoh terbaik untuk keharmonian masyarakat majmuk dan berbilang agama,"katanya.
  Terdahulu, majlis itu turut dihadiri lebih 200 penduduk setempat.



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "HARAPAN RAKYAT AKAN PASTIKAN KUALA PENYU MEMBANGUN"