Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

BIRO KDM HARAPAN RAKYAT TEKAD BANTU CALON HADAPI PRU14



Oleh : Marcellus Manisah

Kota Kinabalu, 5 Mac: Biro KDM Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bertekad untuk menyatukan tenaga dan usaha pemimpin KDM dalam parti bagi menguatkan lagi usaha parti untuk memenangi hati rakyat.
  Pengerusi Biro KDM Harapan Rakyat Datuk Maijol Mahap berkata, biro yang dianggotai   ahli koprat dan professional itu turut akan membantu calon-calon parti khasnya di kawasan KDM pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
  “Selain itu, biro ini juga akan memberikan cadangan kepada parti dan kerajaan dari masa ke semasa mengenai dasar, program dan tindakan khusus yang boleh meningkatkan ekonomi, peluang dan martabat masyarakat KDM.
  “Kita juga akan cuba mencorakkan pemikiran masyarakat KDM supaya terus menyokong Harapan Rakyat,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Pertama Biro KDM Harapan Rakyat di Ibu Pejabat Harapan Rakyat disini.
  Maijol yang juga Timbalan Presiden 1 Harapan Rakyat berkata, pihaknya melalui biro ini juga akan turut membantu pimpinan parti bagi menganjurkan perayaan –perayaan masyarakat KDM setiap tahun.
  “Kita mempunyai pelbagai perayaan di Malaysia khususnya di Sabah antaranya Pesta Kaamatan,Krismas dan Tahun Baru Cina
  “Selain itu, kita juga akan membantu parti untuk memastikan hubungan antara kaum dan agama di Sabah terus terpelihara,”katanya.
  Sementara itu, Maijol berkata, penganjuran aktiviti seperti seminar, kursus atau ceramah dari masa ke semasa untuk memberikan pengetahuan kepada rakyat khasnya KDM akan turut dilaksanakan.
  “Apa sahaja aktiviti yang memberi pengetahuan sama ada berbentuk ekonomi, politik, social atau perundangan kita akan laksanakan pada masa akan datang.
  “Selain itu, kita juga akan turut membantu parti untuk mencapai matlamat parti seperti yang terkandung dalam perlembagaan parti,”katanya.

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "BIRO KDM HARAPAN RAKYAT TEKAD BANTU CALON HADAPI PRU14"