Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

YAYASAN JANANG GAYUH DITUBUHKAN



Beaufort,11 Mac: Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) akan menubuhkan Yayasan Janang Gayuh (YJG) yang bertujuan untuk membantu masyarakat etnik itu yang memerlukan bantuan melalui sumbangan kewangan.
  Presiden PBBS Datuk Seri Lajim Ukin berkata, melalui YJG, pihak pengurusan yayasan juga akan memastikan kebajikan masyarakat Bisaya terjaga selain meringankan beban mereka yang ditimpa musibah.
  “Ingin saya umumkan bahawa PBBS akan menubuhkan sebuah yayasan yang akan membantu masyarakat kita seperti ditimpa musibah selain bantuan daripada kerajaan.
  “Untuk permulaan, sejumlah RM10,000 akan disumbangkan kepada YJG untuk tujuan berkenaan,”katanya.
  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBBS sesi 2018-2021 dan Majlis Makan Malam PBBS di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir disini, kelmarin (10.3.18).
  Hadir sama isterinya Datin Seri Normilah Siong; Timbalan Presiden 1 Ruslan Muharam dan Timbalan Presiden 2 Dr Siti Aidah Lukin.
  Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, pihaknya juga turut mempelawa ahli PBBS, individu dan pemimpin setempat untuk menyumbang kepada tabung YJG walaupun dalam jumlah yang kecil.
  “Kita sentiasa mengalu-alukan sumbangan yang diberikan kerana semua itu nanti akan disalurkan semula kepada mereka yang memerlukan.
  “Selain itu, kita juga akan mengadakan perbincangan bagi melantik pengerusi YJG, sama ada dalam kalangan AMT ataupun bukan AMT,”katanya.
  Dalam perkembangan sama, Lajim turut meminta AMT yang dipilih dan dilantik untuk terus bekerja sebagai satu pasukan bagi menjayakan agenda dalam memartabatkan bangsa Bisaya setanding dengan bangsa lain khususnya dari aspek perpaduan, pendidikan,ekonomi dan agama.
  “Saya yakin dan percaya dengan gandingan yang ada dari pelbagai latar belakang yang berbeza kita boleh berkongsi idea dan buah fikiran bagi memacu misi dan visi persatuan ini setanding dengan persatuan suku etnik lain di negeri ini,”katanya.
 

KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "YAYASAN JANANG GAYUH DITUBUHKAN"