Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Seri panglima Hj Lajim Hj Ukin
Barisan Kepimpinan Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah
Kosong
MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI DOUBLE SIX - 6 JUN 2017
GAMBAR PILIHAN MINGGU INI

HARAPAN RAKYAT KOTA MARUDU TERIMA AHLI BARU




Oleh : Marcellus Manisah

Kota Marudu,12 Februari : Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) bahagian Kota Marudu menerima kemasukan ahli baru seramai lebih 21 orang terdiri dari beberapa parti politik tempatan di Sabah.
  Mereka yang memilih ‘rumah baru’ itu adalah 90 peratus ‘orang kuat’ Parti Warisan Sabah (Warisan); Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) bahagian itu melalui cawangan Kampung Patiu.
  Bekas ahli Warisan Ruslan Amir Kasan berkata, penyertaannya ke Harapan Rakyat adalah atas keinginan sendiri tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak.
  “Selama ini kami melihat parti politik di Sabah ada yang ikhlas dan tidak ikhlas berjuang untuk rakyat dan kami merasakan Harapan Rakyat adalah sebuah parti yang mampu membela nasib rakyat.
  “Sebagai anak jati Kota Marudu, kami melihat kepimpinan Datuk Maijol Mahap juga adalah yang terbaik dan sering turun padang bertemu masyarakat setempat,”katanya.
  Katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang kemasukan kepada Naib Ketua Bahagian Kota Marudu Jaimis Sinti.
  Dalam pada itu, bekas ahli PCS Simpokan Santi mengakui perjuangan mereka dalam PCS tidak mampu menarik minat masyarakat di kawasan mereka.
  “Kali ini kami tidak akan membuang masa, kami akan terus memberi sokongan padu kepada Ketua Bahagian Harapan Rakyat disini iaitu Datuk Maijol Mahap,”katanya.
  Sementara itu, Jaimis berkata, kemasukan mereka ke dalam Harapan Rakyat kerana yakin dengan kepimpinan parti diperingkat bahagian mahupun negeri.
  “Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka atas pilihan untuk menyertai Harapan Rakyat.
  “Sudah pasti, ini akan menjadi motivasi kepada penduduk Kota Marudu yang inginkan perubahan,”katanya.



KONGSIKAN SEKARANG

0 Response to "HARAPAN RAKYAT KOTA MARUDU TERIMA AHLI BARU"